Show notes
Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 14 yang berlangsung di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada 04hb September 2018.~ Kata-kata orang Yahudi ketika berjumpa Saidina Umar Bin Al Khattab~ Hari "Islam sudah menjadi agama yang lengkap"~ Allah bagi nikmat Islam dan Iman~ Ayat "cop mohor" - endorsement dari Allah tentang Islam tiada cacat cela~ Yahudi baca "Ayat Quran" kepada Saidina Umar ~ "Kami akan jadikan hari turun ayat ni, hari raya.."~ Peristiwa ketika Nabi dan para sahabat berada di Arafah~ Arafah adalah bumi yang sangat "sentimental" kepada Nabi dan Umat Islam~ Kalau dapat peluang, buat sehabis elok ibadah haji~ Wukuf menjadi saat yang boleh membuatkan airmata jatuh deras~ Haji sah walaupun berada di Arafah dalam keadaan pengsan tak sedarkan diri~ Peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di Arafah (Kisah Adam dan Hawa, Nabi Ibrahim dan Jibril)~ Bumi yang menyebabkan ramai manusia "kenal diri" sebagai insan penuh dosa~ Hari Allah istiharkan ramai hambaNya bebas dari Neraka~ Allah "turun" mendekati jemaah haji yang berada di Arafah~ Istimewanya orang yang terpilih menjadi "tetamu Allah"~ Biodata ringkas Usamah Bin Zaid dan Zaid Bin Harithah~ Bertuah sebab dapat tumpang unta Nabi pada Haji Wada'~ Maksud disebalik kejadian "Unta buat mereng" ~ Setiap saat ketika wukuf, jangan berhenti berdoa~ Saat yang sangat berharga, sehingga Nabi tak henti tadah tangan~ Cara nak jaga supaya doa makbul dan haji mabrur~ Suara orang bercakap deras - riuh rendah macam berada di pasar~ "Wahai manusia semua, tenang jangan buat riuh.. kebaikan tidak akan datang dengan kelam kabut.."~ Sahabat yang bernama Al-Fadl - salah seorang penting tapi tidak terkenal~ Berdosakah bercakap waktu azan?~ "Penyakit orang handsome.."~ Jaga mulut dan mata ketika ibadah haji - untuk dapat keampunan Allah~ Ibadah haji melibatkan berapa hari?~ Asal Usul nama "Jabal Rahmah"~ Doa Nabi lebih agresif menjelang waktu Maghrib semasa di Arafah~ Wukuf dalam khemah, tak mau tengok langit~ Jadi "gila babi" sebab nak ke tandas~ Gelak deras dalam khemah ketika orang sibuk berdoa~ Nama terpilih dalam senarai tetamu Allah~ Bersih dari dosa, seumpama bayi baru lahir--- BAHRUL MAZI JILID 14 MUKA SURAT 77 ---~ Bab jampi dengan "Dua A'uzu"~ Dua surah yang bermula dengan A'uzu (Surah Jampi dan boleh buat ubat)~ Hukum jampi dengan ayat Quran dan zikir untuk berubat~ Kisah sahabat Nabi dan kaum Badwi yang hidup nomad~ "Bomoh rupanya dia ni..."~ Sembuh dari penyakit kerja Allah - baca Fatihah saja~ Rahsia "Tok Wan" pujuk cucu menangis~ Allahyarham Dato Dr Haron Din tawarkan nak ajar Ustaz Shamsuri cara "jampi"~ Bukan semua orang boleh jadi Wakil Rakyat~ Kalau setakat nak gunakan kesempatan untuk buat duit dan jadi kaya raya~ Amalan Nabi sebelum turun dua surah dua Qul (Dua Auzu)~ Sunat jampi dengan ayat Quran dan Zikir~ Ayat perlindungan daripada kena sihir dan hasad dengki, serta was-was syaitan~ Nabi sendiri pernah kena sihir - yang dihantar oleh Yahudi (masuk Islam dan jadi munafik)~ Masalah orang tua-tua nyanyuk tak solat dan minta makan macam-macam buah pelik~ Sengsaranya Nabi menahan sihir - tujuan Allah takdirkan Nabi kena sihir~ Tinggal tulang dan kulit sebab kena sihir~ Zaman tak boleh lari dari dengan dakwah dan ilmu agama~ Kisah "Kampung Santau Kuat"~ Mati muntah darah sebab kena santau~ Muntah darah selepas makan kek~ Test "ilmu sihir" di rumah kenduri~ Pengajian agama kena disemarakan supaya masyarakat jadi baik~ Allah sudah hantar satu petunjuk kepada Nabi dalam bentuk "dialog dua lelaki tak dikenali"~ Alatan dan bahan yang digunakan untuk buat sihir~ Air telaga berubah menjadi warna merah seumpama inai, seludang umpama kepala syaitan~ Kalau bakar - sihir akan patah balik kepada orang yang hantar~ Baiknya akhlak Nabi walau kepada orang yang aniaya baginda~ "Aku tak suka balas kejahatan dengan kejahatan"KULIAH SETERUSNYA : Kerana Mata (Penyakit Ain)~ Masalah sakit hati tengok kesenangan dan kebahagiaan

