Show notes
Kuliah Tafsir Nurul Ihsan Jilid 2 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang telah berlangsung di Masjid Simpang Empat Permatang Buloh pada 5hb September 2016.~ Tidak ada hari-hari yang lebih baik disisi Allah, dan tidak ada amal yang dilakukan pada hari-hari itu yang lebih Allah Taala suka, yakni hari yang 10 ini~ Perbanyakkanlah pada 10 hari ini, sebut tahlil, takbir dan zikrullah~ Puasa sehari bersamaan puasa setahun, amal kebaikan digandakan sehingga 700 kali ganda~ 10 hari dan malam yang teristimewa disisi Allah~ Sebaik-baik hari ialah hari yang 10 berdasarkan hadis Nabi~ Allah bagi kepada kita peluang kedua dalam bulan Zulhijjah selepas bulan Ramadan~ Istimewanya 10 hari awal bulan Zulhijjah berdasarkan hadis dan quran~ Pahala setiap huruf bagi orang yang baca Quran~ Jangan lepaskan peluang keemasan - jadikan ianya berbeza dari hari-hari lain~ Isi masa dengan amalan-amalan yang baik - zikir sambil memandu kereta~ Banyakan bersedekah dan infak ke jalan Allah~ Hindarkan diri daripada buat dosa~ Serulah manusia mengerjakan ibadah haji dan umrah~ Saudi tidak pernah buat iklan tahun melawat Mekah dan Madinah~ Manusia akan pergi haji dan umrah walaupun terpaksa berjalan kaki~ Hari wukuf, cuaca dijangka 50 darjah celcius~ Jika tidak mampu mengerjakan ibadah haji, buatlah amalan yang boleh mendapatkan pahala seumpama mengerjakan ibadah haji~ Pahala untuk orang yang keluar rumah ke masjid untuk solat fardhu, dalam keadaan siap bersuci~ Keluar dari rumah dengan niat nak solat sunat dhuha~ Hati sentiasa teringat nak solat selepas selesai solat~ Allah sediakan ganjaran hebat, kerana tak ramai orang boleh buat~ Pahala untuk puasa di bulan Zulhijjah~ Nabi tak tinggal puasa hari Asyura, 9 hari dibulan Zulhijjah dan pilih 3 hari dalam sebulan~ Paling kurang kita buat puasa hari Arafah~ Hari yang Allah pilih untuk membebaskan seberapa ramai hambaNya dari Neraka~ Allah bangga dengan manusia di depan malaikat~ Jangan lepas peluang buat ibadah korban~ Bukan darah dan daging haiwan yang Allah nak, melainkan ikhlas dan taqwa ~ Manusia nak cari pahala, walaupun harga satu bahagian korban mahal~ Satu amalan yang paling Allah suka semasa raya Haji~ Disuruh untuk pakai baju baru pada hari raya~ Binatang korban akan datang pada hari akhirat sebagai bukti ibadah kita~ Sebelum darah menitik ke tanah, Allah telah redha kepada orang yang laksanakan ibadah korban~ Bersihkanlah hati dengan ibadah korban - buang sifat bakhil dan kedekut~ Spoiler macam tiang gol di belakang kereta~ Kita berkira dalam perkara agama~ Nak pi mengaji pun tengok pokok hujan dulu~ Kita tak gelut dalam hal-hal kebaikan~ Setiap helai bulu binatang, dapat 10 pahala ~ Sepanjang 10 tahun Nabi di Madinah, tak pernah tinggal ibadah korban~ Saidina Ali akan korbankan dua ekor kambing setiap tahun~ Sembelih korban untuk Nabi - dalil boleh buat korban untuk orang yang dah meninggal dunia~ Kongsi satu bahagian daging korban secara beramai-ramai~ Kita tak jadi macam kita hari ni, kalau bukan kerana mak dan ayah~ Nabi pesan suruh buat korban untuk Nabi--- KITAB TAFSIR NURUL IHSAN JILID 2 MUKA SURAT 317 ---~ Tafsir Surah An-Nahl ayat 101~ Hikmah Allah memansuhkan dan menukar ayat Quran~ Hujah puak kafir bila mendengar ada ayat Quran yang ditukar~ Bukti Muhammad reka Quran,bukan dari Tuhan~ Antara contoh-contah ayat yang dimansuhkan~ Cara untuk membersihkan hati ~ Masalah ada duit tapi tak mahu sedekah sebab kedekut~ Wasiat tidak boleh diberikan kepada waris~ Ujian sejauh mana kita boleh taat perintah Allah~ Proses untuk menjadikan Islam sebuah agama yang sempurna~ Alasan orang hisap rokok dan minum arak~ Kisah Saidina Umar dan ayat pengharaman arak~ Cara Allah meraikan manusia~ Quran dan Jibril - Ruhul Qudus~ Antara tanda untuk menilai kita beriman atau tidak~ Dengar Quran sama macam dengar lagu Dilwale~ Quran Allah yang turunkan bukan rekaan dari Nabi~ Tuduhan orang kafir - tukang besi yang ajar Muhammad ayat Quran~ Macam-macam tuduhan


