Show notes
Kuliah Bahrul Mazi Jilid 14 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Masjid Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah pada 21hb Februari 2017.~ Hadis yang diriwayatkan oleh cucu Saidina Umar~ Nabi suruh Khalid Al Walid pergi berjumpa Bani Jazimah~ Pakar menyusun strategi dan taktikal peperangan~ Menang lebih dari 100 kali peperangan~ Nilai "kiswah kaabah" (kelambu kaabah) 20 Juta Riyal Saudi~ Allah tidak anugerahkan syahid, sebaliknya mati terlantar di katil~ Masalah lidah keras warga Bangladesh~ Salah faham dari perkataan "kami murtad"~ Protes tak setuju untuk bunuh tawanan perang~ Berlepas diri daripada apa yang dibuat oleh Khalid Al Walid~ Kadang-kadang berlaku kes "anak buah terlebih daripada bos" (lebih sudu dari kuah)~ Kisah Saidina Umar dengar bacaan Surah Al-Furqan yang berbeza~ Makan kambing kuat - masalah cepat "hangat"~ Petua bila kereta panas enjin - boh panadol dalam tangki air~ Quran diturunkan dalam 7 cara bacaan~ Semua kita pernah buat silap - tidak ada bumi yang tak ditimpa hujan~ Setiap anak Adam (manusia) ada buat kesilapan~ Manusia yang paling baik, ialah orang yang mengaku salah dan bertaubat bila buat kesalahan~ Ada orang yang menonton kuliah untuk cari kesalahan~ Contoh-contoh kesalahan yang pernah ustaz buat dalam kuliah~ Suasana tidak tenteram dalam masyrakat, bila saling menyalahkan~ Tafsiran berbeza disebalik lukisan 6 dan 9~ Berlapang dada dan kurangkan pergeseran~ Teguran yang beradab lebih membawa kebaikan--- BAHRUL MAZI JILID 14 MUKA SURAT 68 ---~ Bab Hadis berkaitan Berbekam ~ Berbekam - buang darah kotor adalah diharuskan dalam Islam~ Bahagian badan yang menjadi tempat bekam Nabi~ Hari yang Nabi pilih untuk berbekam~ Setiap 17, 19 dan 21 hari bulan hijrah~ Masa yang terbaik untuk buang darah kotor dari badan~ Adakah berbekam itu disuruh oleh syarak~ Masalah belah mulut (tahnik) bayi (adakah sunnah)~ Punya cepat masa berjalan, tapi pahala kita masih perlahan~ Malaikat tunggu di setiap lapisan langit~ Diantara pesanan para malaikat ialah supaya berbekam~ Bolehkah ambil upah sebagai tukang bekam~ Cantiknya kitab bahrul mazi setiap tajuk disertakan dengan nas~ Kisah ringkas tentang Ikrimah anak Abu Jahal~ Isteri dan anak-anak tak ada kena mengena dengan kesalahan suami~ Fitnah kepada Islam atas kesalahan orang Islam~ Dasar kerajaan yang menyebabkan Doktor pakar lari~ Upgrade status hidup bila ada duit (orang kaya ada tukang gunting rambut di rumah)~ Perkongsian pengalaman ustaz berbekam buat kali pertama~ Pengesahan dari Nabi tentang kemuliaan pekerjaan sebagai tukang bekam~ Antara kebaikan bekam yang dijanjikan dalam hadis Nabi~ Kalau kita kerja boleh tolong orang, merupakan kerja yang bagus~ Besarnya manfaat bekam dalam ilmu perubatan~ Hari-hari yang digalakan supaya berbekam~ Dalam banyak-banyak benda, bekam adalah yang terbaik~ Sesetengah masjid ambil budak-budak umur 7 tahun sebagai imam tarawih~ Masa yang terbaik untuk berbekam adalah awal pagi sebelum bersarapan~ Kesembuahan dan barakah - otak jadi cerdik, ingatan jadi kuat~ Jauhi dari berbekam di hari Rabu, Jumaat, Sabtu dan Ahad~ Penyakit kusta dan sopak - selalunya bermula pada hari Rabu

