Show notes
Kuliah Kitab Tafsir Nurul Ihsan Jilid 1 yang berlangsung di Masjid At-Taqwa, Taman Brown, Gelugor, Pulau Pinang pada 18hb Jun 2012.~ Pagi selepas kejadian Isra' Mikraj~ Perjalanan yang luar biasa - dari Mekah Ke Baitul Maqdis ke Sidratul Muntaha~ Kejadian pelik yang menyebabkan Nabi rasa tertekan~ Orang akan kata Nabi berbohong kalau cerita~ Abu Jahal bangun awal walaupun tak solat subuh~ Kata-kata ejekan dan perlian kepada Nabi~ Bola tanggung - untuk smash Nabi~ Tunjuk excited seolah-olah percaya dengan cerita Nabi~ Ahli kelab Abu Jahal tepuk tangan~ Muhammad membuktikan dia memang dah gila~ Allah bantu datangkan secara jelas masjid Al-Aqsa depan mata Nabi~ Kejadian hebat yang ditakdirkan berlaku kepada Nabi~ Pastikan kita termasuk dalam golongan yang percaya--- TAFSIR NURUL IHSAN JILID 1 MUKA SURAT 205 ---~ Ayat 172 Surah An-nisa'~ Nabi Isa bagitau bahawa dia sebenarnya hamba Allah bukan anak Allah~ Malaikat juga hamba Allah walaupun Yahudi anggap Malaikat anak perempuan Allah~ Balasan untuk manusia yang takabbur dengan Allah~ Style Quran - orang yang beriman dapat syurga - orang yang ingkar dapat neraka~ Syurga merupakan satu tempat nikmat yang mata tak pernah tengok, dan telinga tak pernah dengar~ Komen yang diilhamkan oleh Allah untuk orang yang mati~ Siapa yang mati kemudian orang puji - wajib kepadanya syurga~ Siapa yang mati kemudian orang keji - wajib kepadanya neraka~ Kalau kita baik sungguh, semua orang akan kata baik~ Kalau orang kecam kita, bermaksud kita ada masalah~ Mayat minta izin untuk balik bertemu keluarga~ Nak bagitau ahli keluarga, benarnya cerita soal jawab kubur~ Tidak akan berlaku cerita roh balik rumah~ Menyesal yang tiada berguna lagi~ Manusia sewaktu susah di alam akhirat tiada lain yang boleh menjadi pelindung melainkan Allah~ Tiada yang beleh tolong untuk lepas dari neraka~ Quran adalah cahaya yang terang dan nyata~ Bulan yang Nabi paling banyak puasa sunat~ Mana ada puasa isra' mikraj~ Rasa bertambah keimanan bila dibacakan ayat Quran~ Ilmu yang boleh "attack" hati dan mengubah diri~ Tanda orang yang mendapat rahmat dari Allah - dengar dan taat Quran dan Hadis~ Sayang sampai sanggup mati demi Islam~ Kampung yang sangat harmoni - perkampungan orang yang mati syahid~ Rumah yang tidak membahagiakan - sebab jahil tak reti agama~ Nabi pesan suruh belajar ilmu faraid - ilmu untuk bagi otak berjalan~ Orang yang cekap matematik selalunya orang cerdik~ Ilmu yang dilupakan~ Ilmu pertama yang akan dicabut dari dada manusia~ Mati dalam keadaan tak ada anak dan ayah~ Nabi dan Abu Bakar berjalan kaki menziarahi sahabat sakit~ Kisah budak Yahudi yang sakit tenat nak mati~ Manusia dengan duit ringgit~ Sejarah pewarisan harta zaman jahiliah~ Tiga benda yang tidak ada penerangan terperinci (harta orang mati yang tak ada anak lelaki, masalah riba, dan hal pemerintahan khilafah)~ Pinjam duit dari bank untuk buat modal perniagaan~ Pergeseran tentang pemimpin penganti Nabi sebaik Nabi wafat~ Pelajaran yang bukan senang dan boleh "jerut" leher pelajar~ Ayat tentang hukum Faraid - ada di empat tempat

