Zonkuliah
Zonkuliah
Zonkuliah
TNI4 | 110515 | "Hero Bertahta Dihati & Panggilan Neraka Lapar" - Ustaz Shamsuri Ahmad
1 hour 32 minutes Posted Feb 11, 2021 at 6:48 pm.
0:00
1:32:28
Download MP3
Show notes
Kuliah Kitab Tafsir Nurul Ihsan Jilid 4 yang berlangsung di Surau Taman Kerian, Parit Buntar, Perak pada 11 Mei 2015.
~ Latar belakang ringkas sahabat Nabi yang dikenali sebagai Abu Darda'
~ Kalau nak lantik orang yang pegang tabung - cari orang yang amanah terpelihara
~ Silap pilih orang, amanah akan terpeleot
~ Kisah Saidina Umar kecil hati sebab kena marah dengan Saidina Abu Bakar
~ Hempas pintu rumah sebab terlalu marah
~ Mendahului dalam usaha nak buat baik
~ Orang yang bagus ialah orang yang mula minta maaf
~ Selisih pendapat, dendam sampai mati
~ Lidah lagikan tergigit, inikan pula persahabatan
~ Penjelasan yang menyebabkan Nabi marah sungguh-sungguh kepada Saidina Umar
~ Berlutut depan Nabi sebab rasa bersalah tengok Saidina Umar kena marah
~ "Engkau berbohong wahai Muhammad.."
~ Kata-kata Nabi ketika hampir wafat
~ Riwayat yang direka cipta oleh Syiah (Nabi sebut Ummati, Ummati..)
~ Mendewa-dewakan Ali dan Fatimah serta menghina sahabat lain adalah salah
~ Nabi takut selepas Nabi wafat akan ada orang yang "bercita-cita tinggi" nak jadi pengganti Nabi
~ Jawatan dan kuasa memang diburu oleh kebanyakan orang sebab dengan jawatan boleh buat apa saja
~ "Aku yang lebih layak mengantikan tempat Nabi.."
~ Sedangkan Allah dan orang yang beriman tidak bersetuju dengan dia
~ Sahabat adalah generasi yang sangat mulia
~ Kita tidak akan terima Islam hari ni, jika bukan sebab jasa para sahabat
~ Akhlak hebat para sahabat Nabi
~ "Jangan lupa, sampai di Mekah, doakan kami yang baik-baik.."
~ Dia kira Nabi kata.. dia tak kira "Orang tua-tua kata.."
~ "Orang paling tua" dalam agama Islam
~ Doa mustajab bila seseorang doakan saudaranya secara sembunyi
~ Malaikat khas atas kepala yang tolong mengaminkan doa
~ Terketar jumpa Gabenor hebat di pasar
~ Hadis popular yang diriwayatkan oleh Abu Darda'
~ Tiga benda yang Nabi pesan jangan tinggal - Puasa, Dhuha, Witir
~ Kehebatan Saidina Abu Darda' yang tercatat dalam sejarah
~ Mana-mana orang perempuan yang kematian suami, yang berkahwin semula dengan orang lain, akan dibangkitkan dengan suami yang mana hari akhirat?
~ Suami yang terlalu istimewa di dalam hati
~ "Khalifah Frust Menonggeng"
~ Kena rajin puasa, kerana puasa itu mampu mengekang nafsu syahwat
~ Hero yang kekal bertahta dihati sehingga hari kiamat
~ Akhlak yang baik akan diingat sampai mati
~ Antara contoh akhlak yang baik - sentiasa mendoakan orang lain secara sembunyi
~ Kalau kita buat baik, kebaikan akan datang ke kita (Do good and good will come to you..)
--- TAFSIR NURUL IHSAN JILID 4 MUKA SURAT 220 ---
~ Surah Al-Maarij (Makkiyah) - Tempat-tempat Naik (Laluan Para Malaikat)
~ Sedapnya ayat Quran, tak reti bahasa Arab pun kita boleh rasa indahnya bahasa Quran
~ Kafir yang cabar Nabi minta Allah segerakan azab
~ "Suruh Tuhan hang mai la ni Azab tu.."
~ Nama orang kafir yang menjadi punca turunnya ayat dari Surah Al-Maarij
~ Kisah unta mukjizat Nabi Salleh
~ "Geng Sarip Dol Samseng Kampung Dusun" - berani cabar Allah
~ Orang yang tak reti hormat orang ni, dia panggil nama saja
~ Gempa bumi dahsyat yang menyebabkan seluruh penduduk kampung tersungkur mati
~ Laluan naik turun malaikat ke langit
~ Malaikat Jibril disebut sebagai "Ar-Ruh" dalam Quran
~ Nak pi tempat laluan Malaikat nak perasap kemeyan
~ Ada orang pi dengar kuliah agama tunggu nak dengar lawak saja
~ Pada hari kiamat - sehari di akhirat bersamaan 50,000 tahun waktu dunia
~ Matahari atas kepala, air peluh menenggelamkan badan
~ Masa seorang muslim yang mukmim berada di Mahsyar
~ Golongan yang melintasi sirat sepantas kilat
~ Balasan diakhirat untuk orang yang beriman atas dunia
~ Kalau tak sabar dengan dakwah, dah lama tinggal dunia dakwah ni
~ Dunia ini sementara, akhirat esok kita akan dapat hasilnya
~ Mereka ingat hari akhirat dan mati ni lambat lagi
~ Kematian datang tidak disangka (Kes kemalangan kereta Pajero)
~ Hari langit menjadi umpama perak yang dilebur cair
~ Bukit sebagai pasak bumi - bila tibanya hari kiamat, jadi umpama bulu berterbangan
~ Allah yang b