Zonkuliah
Zonkuliah
Zonkuliah
TNI4 | 121015 | "Disebalik Jawapan Tak Tahu & Manusia Serba Tak Kena" - Ustaz Shamsuri Ahmad
1 hour 25 minutes Posted Feb 11, 2021 at 6:43 pm.
0:00
1:25:29
Download MP3
Show notes
Kuliah Kitab Tafsir Nurul Ihsan Jilid 4 yang berlangsung di Surau Taman Kerian, Parit Buntar, Perak pada 12 Oktober 2015.
~ Kisah sahabat Nabi yang jatuh sakit
~ Latar belakang sahabat bernama Jabir Bin Abdillah
~ Masuk Islam ketika masih kanak-kanak tapi tersenarai dalam ahli perang badar
~ Pernah diracun oleh Hajjah Bin Yusuf As-Saqafi
~ Betapa Nabi mengambil berat terhadap sahabat-sahabat baginda
~ Nabi beberapa kali sakit hingga pengsan ketika hampir wafat
~ Macam mana nak buat dengan harta yang tinggal kalau saya mati
~ Turunnya ayat tentang faraid (Ayat 11 Surah An-Nisa')
~ Nabi tidak mendahului Allah dalam apa-apa hal pun
~ Kalau tak tau tentang sesuatu benda mengaku kata tak tau
~ Jangan tunjuk pandai kalau tidak pandai
~ Menjawab "tidak tahu" itu tanda berilmu
~ Sahabat Nabi tak bercakap benda tidak berfaedah atau merepek
~ Kalau tahu sesuatu ilmu, bagitau orang lain
~ Kalau tidak tahu sesuatu perkara sebutlah "wallahua'lam"
~ Tanda orang berilmu vs orang tak berilmu
~ Katakanlah "Aku tidak minta upah atas dakwah aku ini.."
~ "Aku bukan cari duit nak kaya dengan dakwah.."
~ Agama Islam adalah agama yang berdisiplin
~ Kita tidak boleh memandai-mandai dalam agama
~ Tidak boleh mereka cipta ibadat dalam agama Islam
--- TAFSIR NURUL IHSAN JILID 4 MUKA SURAT 221 ---
~ Tafsir Surah Al-Maarij Ayat 19
~ Siapa Engineer yang buat manusia?
~ Ibu bapa kenal perwatakan anak-anak
~ Manusia dijadikan Allah dalam keadaan keluh kesah, serba salah, dan sentiasa tak puas hati
~ Orang botak solat tahajjud minta tumbuh rambut
~ Cucuk muka sampai muka jadi macam hantu
~ Manusia punya teruk, Allah bagi dia jadi lelaki, dia tukar jantina jadi perempuan
~ Penakut sampai tak ada ubat, berani sampai tak kena tempat
~ Miskin sampai ke tahap maki hamun tuhan
~ Perangai majoriti manusia - yang elok tak ramai
~ Orang yang nak jadi elok ni, menjadikan solat sebagai keutamaan
~ Rasa rimas selagi tak solat
~ Seorang manusia yang tertunggu-tunggu nak solat
~ Tanda kebaikan Allah nak bagi kat seseorang
~ Maksud Sembahyang Waktu vs Sembahyang Lima Waktu
~ Ada orang yang tak boleh solat kalau tak ada sejadah, telekung
~ Perempuan boleh solat dalam baju kurung
~ Surau kecil di Negara Arab - "gila solat tang tu.."
~ Kisah seorang gila azan jam 10 pagi
~ Buatlah amal setakat mana yang larat buat
~ Jangan ghuluw dalam beramal perkara sunat
~ Allah tak jemu nak bagi pahala, takutnya manusia yang jemu beribadah
~ Lima Ustaz dok ulang masjid yang sama
~ Jangan terlalu fikir kuantiti, utamakan kualiti kuliah
~ Amalan yang Nabi paling suka ialah amalan yang ada istiqamah
~ Biar sikit tapi berterusan
~ Ada dua jenis orang susah, satu susah yang minta tolong, satu lagi orang susah yang tak minta tolong
~ Ada maruah dan harga diri, takkan sesekali meminta
~ Orang yang baik ialah orang yang percaya betul dengan hari kiamat
~ Bila terbuat satu dosa - dia ketaq
~ Api atas dunia adalah 1/70 dari kepanasan api neraka
~ Kenapa api neraka lebih panas dari api dunia, sedangkan api dunia pun dah sakit dah kalau kena?
~ Allah nak bezakan azab di akhirat tidak sama dengan azab yang manusia buat
~ Catatan dalam Buku Sejarah Madinah - tentang seorang Nasrani yang cuba curi jasad Nabi
~ Tiga kali usaha mencuri jasad Nabi
~ Raja Syam yang dapat mimpi yang sama berulang kali
~ Allah adalah sebaik-baik perancang
~ Ayat yang sangat menakutkan tentang azab Allah dalam surah Al-Ghasiyah
~ Orang-orang yang baik-baik ialah orang yang menjaga maruah
~ Orang yang tidak memungkiri janji dan tidak mengkhianati amanah
~ Ramai orang solat, tapi kualiti kurang
~ Solat Zohor jam 4.05 minit
~ Kisah seorang Dr Pakar yang bersahabat dengan Ustaz
~ Kelebihan Masjid Quba' dan ibadah sunat yang dianjurkan
~ Kawan Ustaz yang "otak kacau" suka buat andaian
~ Samak semua troli dipasaraya sebab anjing duduk dalam satu troli
~ Viral video Ustaz tentang "Pemimpin Penyamun"