
Peminat teater berpeluang menyaksikan sebuah pementasan drama fantasi memaparkan beberapa ikon legenda dalam budaya folklor Melayu yang terpaksa menghadapi cabaran setelah diteleportasi ke dunia moden. Pementasan bertajuk Magika: Singgah Pulang ini terbitan pelajar Malaysia sempena sambutan MNight, Malam Malaysia 2026. SBS Bahasa Melayu berbual dengan tiga anggota penerbitan untuk mengetahui lebih lanjut tentang pementasan ini.#sbsaudiopodcast
Nov 20
16 min

When someone dies, families and communities may have cultural practices and responsibilities around mourning. For many Aboriginal and Torres Strait Islander people, this is known as Sorry Business. There is no single way to observe Sorry Business. Practices differ between communities, families and language groups. Learn about what Sorry Business can involve, what the term “Kumanjayi” means in some Central Australian communities, and how you can show care when someone is grieving. - Di kalangan komuniti kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres, apabila seseorang ahli meninggal dunia, keluarga dan masyarakatnya mempunyai amalan dan tanggungjawab budaya tertentu berkaitan dengan upacara berkabung. Amalan ini dikenali sebagai amalan kemaafan atau Sorry Business. Dalam episod Australia Explained kali ini, anda akan mengetahui apakah amalan Sorry Business ini, erti istilah 'Kumanjayi' dalam sesetengah masyarakat di Central Australia, serta cara menunjukkan keprihatinan anda terhadap seseorang yang sedang berkabung.#sbsaudiopodcast - #sbsaudiopodcast
Nov 19
14 min

Istilah phở dipercayai berasal daripada perkataan Perancis untuk sup daging lembu, iaitu pot-au-feu, khususnya perkataan feu bermaksud api yang menjadi sebutan betul sajian ini. SBS Bahasa Melayu mengunjungi Springvale, subbandar Melbourne yang terkenal dengan komuniti Vietnam untuk mencari phở yang halal.#sbsaudiopodcast
Nov 11
7 min

Apakah kebajikan lebih 30 ribu pekerja di bawah Skim Mobiliti Buruh Pasifik atau PALM perlu dipertingkatkan? Skim ini membolehkan penduduk dari sembilan negara kepulauan Pasifik dan Timor-Leste datang bekerja di Australia menerusi kontrak pekerjaan untuk tempoh tertentu, sekali gus membantu sektor industri yang berdepan kekurangan tenaga kerja. Namun, apakah Skim PALM ini lebih indah khabar dari rupa?#sbsaudiopodcast
Nov 6
8 min

Retorik sayap extremis kanan sering dipenuhi dengan sentimen anti-immigresen, terutamanya dari India, Afrika, Timur Tengah dan Asia, namun anugerah Top 50 Elite Next Generation 2026 menunjuk bahawa negara ini diperkayakan lagi hasil sumbangan golongan migran. SBS Bahasa Melayu dijemput menghadiri majlis anugerah ini anjuran kelab usahawan Entrepreneurs Business Club.#sbsaudiopodcast
Nov 2
6 min

Sempena Pesta Pembaziran Sifar Zero Waste Festival 2026, satu pertandingan fesyen lestari membukti kehebatan bakat seorang graduan rekaan fesyen dari Malaysia. Danish Rizal dianugerahkan pemenang keseluruhan serta memenangi kategori pilihan penonton, the People's Choice Award. SBS Bahasa Melayu berpeluang menyaksi peragaan fesyen lestari kitar tinggi, Rewear Runway 2026.#sbsaudiopodcast
Nov 1
5 min

Can a small group change a local council decision? When Julie learns her community library may close, she joins other residents in a campaign to save it. Her story explores how you can take part in Australian democracy by signing petitions, attending community meetings, contacting councillors and voting. - Apakah sekumpulan penduduk setempat mampu mengubah keputusan majlis tempatan mereka? Setelah Julie mengetahui bahawa perpustakaan komuniti di kawasannya mungkin ditutup, beliau menyertai penduduk setempat dalam kempen untuk menyelamatkan perpustakaan mereka. Kisah Julie meninjau bagaimana anda boleh mengambil bahagian dalam proses demokrasi Australia melalui petisyen yang ditandatangani, menghadiri mesyuarat komuniti setempat, menghubungi ahli majlis tempatan dan mengundi.How Australia Works is an SBS podcast that uses real stories and clear explanations to help you understand how government work in Australia, how laws are made and changed, and how you can have a say. Listen to the series and find shorter versions in 60 languages on the How Australia Works main page. - How Australia Works is an SBS podcast that uses real stories and clear explanations to help you understand how government work in Australia, how laws are made and changed, and how you can have a say. Listen to the series and find shorter versions in 60 languages on the How Australia Works main page.
Oct 26
8 min

Golongan migran pasti mempunyai kenangan dan pengalaman tersendiri mendengar siaran SBS dalam bahasa mereka sendiri. Rancangan pelbagai bahasa ini telah berubah dan berkembang sejak permulaan SBS pada tahun 1975. Kini, SBS Australia sedang menjalani kajian semula perkhidmatan bahasa demi memenuhi keperluan masyarakat Australia yang semakin berubah.#sbsaudiopodcast
Oct 24
8 min

Pesta Borneo Street Food Festival kini berlansung selama empat hujung minggu sehingga 8 November, 2026, di Southbank, Melbourne, memaparkan sajian makanan jalanan popular dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. SBS Bahasa Melayu mengunjungi hari pembukaan untuk meninjau sentimen di kalangan peniaga dan pengunjung.#sbsaudiopodcast
Oct 23
10 min

How do laws change in Australia? Through Rodney Croome’s campaigns for human rights and marriage equality, learn how personal stories, community action, courts and parliament can help change the law, and why the process can take time. - Bagaimanakah sesuatu perundangan dipinda di Australia? Ikuti pengalaman Rodney Croome melancarkan kempen menuntut hak asasi dan kesaksamaan peluang berkahwin untuk semua, tak kira jantina pasangan terbabit. Segala yang dilalui oleh Rodney, kisah peribadi beliau, tindakan komuniti, mahkamah dan parlimen kesemuanya membantu meminda perundangan yang dianggap tidak adil. Juga ketahui kenapa proses pindaan perundangan mengambil masa yang begitu lama.How Australia Works is an SBS podcast that uses real stories and clear explanations to help you understand how government work in Australia, how laws are made and changed, and how you can have a say. Listen to the series and find shorter versions in 60 languages on the How Australia Works main page. - How Australia Works is an SBS podcast that uses real stories and clear explanations to help you understand how government work in Australia, how laws are made and changed, and how you can have a say. Listen to the series and find shorter versions in 60 languages on the How Australia Works main page.
Oct 19
8 min
Load more
