
Bahagian terakhir sesembang bersama roommate di UiTM Alor Gajah, kali ini bercerita tentang pengalaman paranormal masing-masing semasa belajar di sana. Malas nak cerita lebih. Nak taip pun takut.
Jul 25, 2021
45 min

Bahagian kedua untuk borak-borak kosong bersama roommate masuk air di UiTM Alor Gajah berdiskusi tentang bagaimana kereta Proton Waja lowered aku berpusing di Pedas Linggi, bala demi bala menghadapi masalah birokrasi hal ehwal pelajar, kokurikulum dan musim sejuk ala Winter Sonata di Lendu.
Jul 18, 2021
33 min

Kita bersama dengan roommates yang masuk air bercerita tentang kenangan belajar selama tiga tahun di UiTM Alor Gajah, makanan-makanan bahaya tapi enak di Kafeteria universiti, dan tips-tips mentekedarah di kawasan panas sekitar kampus.
Jul 11, 2021
38 min

Ini adalah part kedua untuk perbualan bersama Daiyan Trisha, eh, sorry, Aaidaa Zubir! Dalam episod ini, kita berbincang tentang bagaimana proses pembikinan siri premium Projek Anchor SPM dan penerimaan penonton yang gila dahsyat! Daiyan juga menjawab soalan soalan yang anda hantar di Instagram kami!
Jun 27, 2021
37 min

Dengarkan sisi sembang-sembang bersama penyanyi, pelakon, influencer, model dan vaccine advocate; Daiyan Trisha tentang permulaan karier seni beliau melalui indie band, berulang-alik dari Lendu ke Kuala Lumpur dan merantau ke negara orang sepanjang tahun 2019 sebelum covid datang menyerang.
Jun 20, 2021
32 min

Ini merupakan part terakhir untuk perbualan bersama Najwa Latif dan Syafika Latif di mana kita berbincang tentang pandangan dan perkembangan diri sedari awal persahabatan sehingga hari ini, Goody Bag sempena pengambilan Vaksin Astrazaneca, Kuih Donat dan kenapa Najwa memilih Akwa Arifin sebagai teman hidup eh sori sebagai duo kolaborasi dalam nyanyian.
Jun 13, 2021
34 min

Ini merupakan part dua untuk perbualan bersama Najwa Latif dan kali ini kita bawakan sekali kakak beliau, Syafika Latif untuk membincangkan perbezaan antara bekerja bersama syarikat rakaman dan menjadi artis independant. Kita juga bercerita tentang pembikinan lagu raya terbaru dan ragam Q&A Instagram Najwa yang gayanya seperti tengah high. Kehkehkeh.
Jun 6, 2021
28 min

Dengarkan perbualan bersama Najwa Latif, ibu segala artis BBNU tentang persahabatan yang sudah sedekad lamanya, tahun pertama bekerja sebagai seorang penyanyi artis rakaman dan apa yang Najwa harapkan beliau tahu sebelum melangkah masuk ke industri seni yang penuh pancaroba ini.
May 30, 2021
29 min
