
Kesihatan adalah nikmat yang sering kita hargai hanya apabila ia hilang. Dalam episod ini, kami membincangkan hakikat syukur, nikmat apabila Allah mengembalikan apa yang pernah kita kehilangan, serta manfaat menghafaz Al-Quran terhadap otak, daya ingatan dan kesejahteraan diri. Satu perbincangan yang penuh dengan ilmu dan muhasabah buat kita semua.Melatonin Gummies - www.usrah.shop/moondrop
Aug 4
37 min

Siapa sebenarnya yang layak menjadi kadi? Adakah sesiapa sahaja boleh menikahkan pasangan, atau ada syarat tertentu dalam Islam? Ustaz Nuzhan mengupas peranan dan tanggungjawab seorang kadi, bagaimana pelantikan kadi dilakukan sejak zaman Rasulullah SAW, serta menjawab persoalan hangat seperti Cristiano Ronaldo menyebut "Bismillah" dan dakwaan bahawa Piala Dunia merupakan agenda untuk menjatuhkan Islam.Melatonin Gummies - www.usrah.shop/moondrop
Jul 14
33 min

Apabila rumah tidak lagi menjadi tempat yang memberi ketenangan, bagaimana kita mengenali tanda-tanda awal hubungan yang tidak sihat?Bersama Dzar Ismail, Ustaz Nuzhan, Ustaz Ahmad Dahri dan Ustazah Maria, forum yang diadakan di Masjid Kassim ini mengupas isu konflik rumah tangga, dera emosi, komunikasi toksik serta jalan penyelesaian menurut perspektif Islam.Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
Jul 1
1 hr 32 min

Dalam episod kali ini, kami kupaskan beberapa persoalan tentang ibadah korban dan adat pengurusan jenazah yang sering jadi perdebatan dalam masyarakat โ betul ke lelaki yang malam sebelumnya menggauli isterinya tidak boleh masuk liang lahad untuk menguburkan jenazah? Kami juga bincangkan kenapa Hari Raya Haji dianggap lebih agung daripada Aidilfitri, kenapa satu ekor lembu hanya boleh dikongsi 7 nama dan adakah boleh lebih, serta mengapa kambing pula hanya untuk seorang sahaja. Antara adat, hukum dan salah faham masyarakat, mana satu sebenarnya bersandarkan agama dan mana satu cuma budaya turun-temurun?Lakukan Qurban bersama Usrah: www.usrah.shop/qurbanIkuti perkembangan & kandungan kami di:๐ Instagram Usrah: https://www.instagram.com/usrahsg/Hosts:๐๏ธ Dzar Ismail: https://www.instagram.com/dzarismail/๐๏ธ Ustaz Nuzhan: https://www.instagram.com/nuzhanhalim/
May 23
28 min

Dalam episod kali ini, kami bincangkan isu MUIS dan Starbucks berkaitan pengumuman Halal, dakwaan permohonan sijil Halal di Singapura, kepentingan sijil Halal kepada semua pengguna, keistimewaan melakukan Qurban bersama Usrah, serta hukum menghina para sahabat Nabi SAW.Lakukan Qurban bersama Usrah: www.usrah.shop/qurbanIkuti perkembangan & kandungan kami di:๐ Instagram Usrah: https://www.instagram.com/usrahsg/Hosts:๐๏ธ Dzar Ismail: https://www.instagram.com/dzarismail/๐๏ธ Ustaz Nuzhan: https://www.instagram.com/nuzhanhalim/
May 19
47 min

Dalam episod Usrah kali ini, kami kupas isu halal yang sering diperdebatkan, macam mana nak pastikan makanan itu halal? Perlu ke terlalu cerewet, dan bagaimana pula dengan label โMuslim-ownedโ, penggunaan microwave atau peti sejuk bercampur halal & non-halal?Lakukan Qurban bersama Usrah: www.usrah.shop/qurban
May 12
1 hr 14 min

Dalam episod Usrah kali ini, kita kupas persoalan musim qurban โ kalau tak mampu berqurban, adakah share content pun boleh dapat pahala? Bolehkah satu keluarga berkongsi satu kambing? Kita juga bincangkan perbezaan manhaj โ perlu ke saling mengkritik, atau ada adabnya? Dan dalam dunia hari ini, bila ibadah dipromosikan secara terbuka, apa hukum marketing โ strategi atau melampaui batas?Lakukan Qurban bersama Usrah: www.usrah.shop/qurban
Apr 28
55 min

Dalam episod Usrah kali ini, kita kupas bagaimana Allah memperkenalkan diri-Nya dan apakah matlamat sebenar Al-Quran, sambil mengaitkan keajaiban sains yang semakin membuktikan adanya Pencipta. Di hujung episod, kita jawab persoalan hangat Aidiladha โ qurban kambing atau lembu, mana lebih afdhal? Satu perbincangan ringkas tapi padat, membuka fikiran dan menyentuh iman.Lakukan Qurban bersama Usrah: www.usrah.shop/qurbanย
Apr 22
43 min

Dalam episod ini, kita rungkai konflik global dari sudut yang jarang dibincangkan, adakah ini benar-benar perang agama, atau sebenarnya permainan kuasa dan kepentingan geopolitik? Dari peranan Amerika yang dipengaruhi masyarakat tetapi digerakkan oleh strategi, kepada perspektif Israel antara survival dan expansion, hingga realiti dunia Islam yang sering bercakap tentang kesatuan tetapi berpecah kerana kepentingan negara. Melatonin Gummies - www.usrah.shop/moondrop
Apr 7
50 min

Dalam episod ini, kita rungkai isu kontroversi seorang pempengaruh yang menggunakan depresi sebagai alasan untuk membuat tatu, serta bagaimana media sosial membentuk dan mempengaruhi kesihatan mental generasi hari ini. Kita juga bincangkan realiti suasana Hari Raya, apakah soalan yang sesuai atau terlalu sensitif untuk ditanya, dan bagaimana kita sepatutnya mengawal emosi apabila berdepan dengan pertanyaan yang kurang selesa. Selain itu, kita sentuh isu agama seperti ziarah kubur di Hari Raya serta hukum puasa enam dan qada Ramadan.Melatonin Gummies - www.usrah.shop/moondrop
Mar 31
49 min
Load more
