Show notes
Persidangan Internet Dunia (WIC) ke-6 diadakan di Wuzhen, provinsi Zhejiang, timur China baru-baru ini. Selain mempamerkan pelbagai pencapaian yang tercanggih dalam bidang 5G, kecerdasan buatan (AI) dan lain-lain, sidang kali ini juga menyeru semua negara akur kepada arus sezaman dan berganding tangan menangani pelbagai cabaran dan risiko, di samping menggalakkan tadbir urus Internet global ke arah membentuk komuniti berkongsi nasib ruang siber.

