Ni Hao
Ni Hao
Asia Wave
Jauh di mata, dekat di hati. Program NI Hao ialah siaran langsung bersama China Radio International (CRI) dan BERNAMA Radio yang melibatkan peneraju dari Beijing dan Kuala Lumpur.
nihao20191231
Hari ini hari ini terakhir tahun 2019. Sempena ulang tahun ke-45 terjalinnya hubungan diplomatik China-Malaysia, hubungan bilateral kedua-dua negara terus berkembang baik, khususnya lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir ke China pada bulan April lalu yang berjaya meneroka bidang kerjasama baharu antara kedua-dua pihak.
Dec 31, 2019
39 min
nihao20191230
Dec 31, 2019
37 min
nihao20191227
Mutiara Kata Mengenai Tenaga Insan Usaha memupuk tenaga insan yang berprestij sangat penting bagi menjana pembangunan sesebuah negara. Mutiara kata yang berkaitan hal ini juga banyak didapati dalam karya klasik di China pada zaman purba, dan banyak daripadanya masih boleh menjadi rujukan dan panduan untuk zaman sekarang, seperti “kebijaksaaan, sokongan kepada moraliti, sementara moraliti, pedoman kepada kebijaksanaan”. Ia bermaksud moraliti merupakan perkara paling penting dalam memupuk dan menilai seseorang tenaga insan.
Dec 27, 2019
35 min
nihao20191226
“Peraturan Pengurusan Sampah Harian Bandar Beijing” versi baharu akan dikuatkuasakan mulai 1 Mei tahun depan. Apakah perubahan cara hidup harian warga kota Beijing pada masa itu? Dari segi pengurusan sampah harian, perubahan itu adalah besar. Kita pernah meluangkan masa dalam program Nihao untuk memperkenalkan peraturan pengasingan sampah harian yang telah dijalankan di bandar Shanghai. Di Beijing pula nanti pengasingan sampah juga bakal dilaksanakan menurut peraturan tersebut.
Dec 27, 2019
37 min
nihao20191224
Drama “Qing Yu Nian” telah viral di negara China apabila ramai netizen  menontonnya melalui aplikasi iQIYI dan Tencent. Pengguna aplikasi berkenaan boleh menonton enam episod seminggu secara percuma. Yang telah berdaftar sebagai VIP boleh menonton enam episod lagi. Namun, baru-baru ini keputusan yang diumumkan iQIYI dan Tencent, iaitu dua buah syarikat penyedia perkhidmatan penstriman video yang terkenal di China, telah mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen, malah bantahan keras.
Dec 24, 2019
38 min
nihao20191223
Pastilah semua orang pernah tengok permainan roly-poly, tetapi bukan semua orang berkemungkinan menonton persembahan roly-poly yang dipertunjukkan oleh manusia. Baru-baru ini,  persembahan roly-poly oleh seorang pelakon perempuan di bandar Xi’an menjadi viral di seluruh negara China.
Dec 23, 2019
35 min
nihao20191219
Presiden China Xi Jinping akan menghadiri perhimpunan sempena sambutan ulang tahun ke-20 kepulangan Makau ke pangkuan tanah air, serta upacara angkat sumpah kerajaan penggal ke-5 Wilayah Pentadbiran Khas Makau, 20 Disember depan. Beliau sebelum ini menyatakan bahawa pelaksanaan dasar "satu negara, dua sistem" dan Undang-undang Asas telah berjaya membantu Makau melangkah ke era lebih cemerlang.
Dec 23, 2019
39 min
nihao20191218
Menjelang Hari Kristmas, Tahun Baharu dan Tahun Baharu Cina, penghantaran ucapan selamat kepada kawan-kawan atau saudara mara melalui sosial media merupakan satu kecenderungan baharu di kalangan netizen China.  Turut muncul syarikat-syarikat yang khusus membantu pengguna menulis dan meghantar ucapan selamat itu.
Dec 20, 2019
36 min
nihao20191217
China dan AS mengumumkan pencapaian persetujuan tentang teks perjanjian ekonomi dan perdagangan fasa pertama pada hujung minggu lalu. Pihak China berpendapat bahawa China dan AS sebagai dua kuasa ekonomi yang terbesar di dunia perlu menangani hubungan ekonomi dan perdagangan berdasarkan situasi antarabangsa. Pencapaian perjanjian ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara ini akan memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara malah dunia.
Dec 20, 2019
38 min
nihao20191216
Keselamatan dan Zat Makanan di Kantin Sekolah Kementerian Pendidikan, Jawatankuasa Pembangunan dan Pembaharuan Negara, Kementerian Kewangan, Jawatankuasa Kesihatan dan Jabatan Am Penyeliaan Pasaran China baru-baru ini bersama-sama mengeluarkan taklimat peningkatan taraf zat pelajar-pelajar di desa. Menurut taklimat itu, kantin sekolah di desa tidak boleh dikendalikan oleh syarikat yang lain.
Dec 20, 2019
39 min
Load more