kitatembokcina
kitatembokcina
Mok, Reena & Zati
Dahulu ktc dikenali dengan 4 orang sahabat baik yang acap kali riang, riuh dan lucu di sosial media. Kini, hanya 3 orang daripada kami bergerak secara tetap dalam medium ini maka, dengarkan luahan curhat kami dengan lebih rapat supaya awak, kami, dia dan mereka bersatu mencapai kata sepakat yang kukuh. Marilah genk!
CHAPTER 7: PENANGAN KARI PENANG
Merancang untuk ke Penang mengambil masa dalam 3 minggu dan akhirnya tercapai hasrat untuk pekena kari Penang. Akan tetapi, pelbagai tragedi berlaku kepada kami sebagai pelancong. Oleh yang demikian, marilah bersama kami bergelak tawa akan kenangan di Penang. Berhiburlah!
Feb 2, 2022
59 min
CHAPTER 6: JAWAPAN KEPADA DOA DOAKU
Doa? Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Jangan khuatir, chapter kali ini seperti biasa penuh dengan hiburan dan kurang ilmiah. Ayuh bersama kami mendengar ceritera 3 gadis genit ini.
Dec 6, 2021
51 min
CHAPTER 5: KEMUNCULAN YANG DIRINDUI
Cakkk ihii akhirnya selepas sekian lama menyepi kini kami kembali menceriakan ruang audio siri anda. Penafian: salah sorang daripada kami bukanlah 'short term memory loss' akan tetapi berlaku sedikit salah faham yang mengundang pada kesalahfahaman. Faham fahamkanlah. Ayuh bersama kami mendengar celoteh 3 gadis genit ini.
Aug 27, 2021
1 hr 28 min
CHAPTER 4: RAYA, PKP 3.0 & #ISRAELKOYAK
Selepas seminggu tidak bersua sudah semestinya terdetik perasaan rindu. Namun, pada chapter kali ini rakaman audio agak singkat akibat kekangan waktu. Ayuh bersama kami mengikuti perkembangan semasa dunia. p/s: Gencatan senjata telah dikhianati oleh Israel Laknatullah #FreePalastine
May 21, 2021
47 min
CHAPTER 3: KAU RASA CANTIK TAK
Setiap orang mempunyai cita rasa tersendiri tentang kecantikan akan tetapi setiap ciptaan itu indah-indah belaka. Maka, bagi chapter kali ini agak tenang akan tetapi air yang tenang jangan disangka tiada buaya ye. Ayuh bersama kami selami definisi kecantikan tersebut.
May 2, 2021
1 hr 9 min
CHAPTER 2: AMBIK LESEN KE BELI LESEN NI
Bertemu kita kembali dalam segmen anda pernah mengalami situasi dimana anda memandu kereta atau menunggang motosikal selepas itu anda berdepan dengan suatu tragedi dan anda berkata "ambik lesen ke beli lesen ni". Ayuh bersama kami merungkai misteri ungkapan tersebut.
Apr 25, 2021
1 hr 16 min
PENGENALAN: PILOTNYA KTC ft. BERSIN MOK
Salam perkenalan buat para pendengar audio siar kami di spotify. Pengenalan merupakan audio siar sulung kami dimana mengandungi penceritaan secara rawak daripada 3 orang gadis yang riuh dan riang akan tetapi kandungan yang dibicarakan hanyalah sekadar gurauan manja. Maka dengan itu, ayuh bersama kami memasuki dunia ktc! oh sebelum berangkat, kami menyusun sepuluh jari memohon maaf akibat selingan hingusan mok :p
Apr 16, 2021
40 min