Jom, Sembang Buku!
Jom, Sembang Buku!
Widz Studio by NK
Dalam podcast ini, kita sembang-sembang santai bersama Khairiah Amin iaitu penulis, pendidik dan pengasas Widz Studio mengenai pelbagai topik yang menyentuh dunia buku, penulisan dan penerbitan. Ada personaliti jemputan, reviu buku dan banyak lagi. Jom! Let's chat with Khairiah Amin, a published author, illustrator, educator and founder of Widz Studio on topics related to the world of books, writing and publishing. We have invited guests, book reviews and many more!
Ep 07 - Sembang Komik dan Novel: Mana satu idaman kalbu?
Bagi musim kedua ini, saya bawakan personaliti jemputan dari Malaysia iaitu Khairil Kamarudin, seorang penulis nomik dan novelis remaja yang kini aktif sebagai penulis kartun. Apakah perbezaan dan persamaan menulis genre yang berbeza? Apa pula tip-tip untuk mereka yang ingin menceburi penulisan komik atau kartun? Ikuti sembang santai berisi kami yang sarat dengan pengalaman beliau. Jom, sembang buku!
Feb 6, 2022
47 min
Ep 06 - Literasi Awal Kanak-Kanak Pra-sekolah melalui Aktiviti Membaca & Bercerita
Bagaimanakah The Bambini SG bermula? Apakah cabaran yang dihadapi untuk meneruskan aktiviti-aktiviti yang dijalankan ketika Covid-19 melanda? Apakah hikmahnya? Ada juga perkongsian tip-tip bagi ibu bapa muda yang ingin memupuk minat membaca kepada anak-anak mereka sejak dari kecil.  Ikuti audio siar saya bersama Nurain Syakirah, pengasas The Bambini SG.
Nov 13, 2020
20 min
Ep 05 - Di Sebalik Tabir Novel 'Miss Spa lawan Gadis Kampung'
Perkongsian 5 perkara dari novel sulung saya. Diterbitkan pada tahun 2015 dan menjadikan saya seorang novelis remaja.
Nov 6, 2020
18 min
Ep 04 - 5 Tip Penulisan Buku Bergambar Kanak-Kanak
5 tip bagi mereka yang berhasrat untuk menulis buku bergambar bagi kanak-kanak khususnya 4 hingga 8 tahun. Saya kongsikan juga pengalaman saya menulis cerita bertajuk 'Bambam's Pretend Play' dalam Antologi 'PLACES', satu projek kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NLB dan NAC. 
Oct 30, 2020
14 min
Ep 03 - Ada Apa dengan Booktube?
Kita ketandusan komuniti booktube di daerah Nusantara ini? Ingin jadi booktuber tetapi bagaimana? Ikuti sembang santai bersama penulis, pekomik dan youtuber Malaysia iaitu Aman Wan.
Aug 21, 2020
44 min
Ep 02 - Ada Apa dengan Zine?
Apa itu zine? Buat pemula yang mahu memasuki dunia perbukuan dan penerbitan, jom dengarkan sembang zine bersama Hafiz Latiff, pengasas syarikat penerbitan Legasi Oakheart, Malaysia yang mempunyai banyak pengalaman penglibatan dengan industri buku dan persaudaraan Malaysia termasuk acara kebangsaan seperti Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur World Book Capital 2020. 
Aug 14, 2020
55 min
Ep 01 - Di Sebalik Tabir Buku 'Growing Kitchen Scraps' (in Malay)
Tahun 2020 ini, industri perbukuan di Singapura diserikan lagi dengan satu lagi penerbitan buku kanak-kanak bergambar. Apakah yang berlaku di sebalik buku bergambar kanak-kanak ini? Bagaimanakah penulis mendapatkan idea dan apakah cabaran yang dihadapi untuk menghasilkan buku tersebut? Ikuti sembang santai podcast ini bersama Khairiah Amin dan personaliti undangan iaitu penulis Nur'Afifah Hussain.
Aug 6, 2020
26 min