Borak MGO
Borak MGO
Audio+
Borak MGO ialah satu podcast show membincangkan tentang isu-isu dan perkembangan gaming dan e-sukan di Malaysia. Setiap episod hos MyGameOn akan berborak dengan tetamu-tetamu terdiri daripada personaliti e-sukan dan gaming untuk mengetahui sejarah, pengalaman, perkembangan dan hala tuju mereka dalam industri. Ikuti podcast Borak MGO untuk mengetahui perkembangan dan pengalaman dunia gaming dan e-sukan daripada sudut personaliti gaming dan e-sukan.
“Aku pelik kenapa Doraemon tak di censored dalam Malaysia?!” | Borak MGO
Buat pertama kali, Borak MGO kali ini berbual tentang Anime! Episod ini hos Borak MGO, Mike dan tetamu jemputan, Lin membincangkan tentang nostalgia-nostalgia anime yang mereka pernah tonton di televisyen Malaysia sewaktu mereka muda. Pendengar dan penonton yang gemar menonton anime mesti dapat relate dengan apa yang diborakkan. Dengar podcast penuh untuk tahu dan berhibur tentang nostalgia-nostalgia anime yang pernah ditayangkan di Malaysia
Jul 13, 2024
1 hr 15 min
Pernah Dibuang Kerja, E-Sukan Selamatkan Hidup Sir_Cloud | Borak MGO
Borak MGO kali ini membincangkan tentang perjalanan karier pengulas e-sukan terkenal tanah air, Sir_Cloud. Pernah dibuang kerja sehingga menyebabkan kehidupan dia gelap. Namun, kehidupan dia diselamatkan dengan e-sukan! Dalam podcast ini juga Sir_Cloud ceritakan bagaimana pendidikan menjadi penting kepadanya. Dengar podcast penuh untuk tahu liku-liku kehidupan Sir_Cloud dalam dunia e-sukan.
Jun 13, 2024
2 hr 2 min
Borak MGO Bersama Ex Coach, Todak Alpha | Borak MGO
Borak MGO kali ini membincangkan tentang komuniti dan arena Free Fire dari perspektif seorang jurulatih iaitu Aswad (Alpha) dari Todak. Memang tak sangka, prizepool tournament FF sangat besar dan Malaysia mempunyai pemain-pemain yang hebat boleh bertanding di persada antarabangsa.
May 20, 2024
1 hr 1 min
Borak MGO Bersama Harimau Malaya | Borak MGO
Borak MGO kali ini membincangkan daripada sudut pandang media tentang dunia e-sukan dengan tetamu media daripada Harimau Malaya. Harimau Malaya adalah media sukan yang dikenali dengan liputan-liputan tentang bola-sepak, badminton, takraw dan sukan-sukan lain. Di dalam Borak MGO kali ini, Hisyam dan Amin menceritakan kenapa mereka membuat liputan e-sukan dan penerimaan pengikut-pengikut mereka.
Feb 17, 2024
37 min
EP 1 Borak MGO Bersama Gamers Gazette MY | Borak MGO
Borak MGO kali ini membincangkan daripada sudut pandang media tentang dunia e-sukan dengan tetamu media, Mok daripada Gamers Gazette MY. Mok menceritakan pengalaman pahit dan manis dalam penyampaian berita e-sukan dari sudut umum dan juga kepada komuniti gamers itu sendiri.
Jan 16, 2024
23 min