
Assalamualaikum semua!Aseef lama akak hutang dengan semua akhowat yang dah lama request sharing pasal back for good (BFG). Alhamdulillah finally dapat selit masa on air sambil drive. Terimalah dulu episode pertama mindsetting BFG yang sempat sentuh 1-2 points je dulu sebab terstop recording haha. Moga moga sedikit sebanyak dapat mentaujihkan akhowat yang sedang takut untuk BFG 🤍
Mar 25
13 min

Bismillahirrahmanirrahim.Jom borak on a topic yang selalunya akhowat segan nak borakkan secara terbuka.Tapi sebab ramai yang borak dengan akk privately on this secara one to one, and akk rasa benda ni adalah isu global jadi why not, kan?Moga borak borak kita diguide oleh wahyu, bukan nafsu. Moga sedikit sebanyak memberikan kekuatan dan ketenangan buat akhowat yang rindu menikah 🤍Don’t feel bad about it.It’s totally normal.Itu fitrah.It’s just a matter of how we channel it and manage the emotion 😇
Nov 30, 2025
32 min

Dalam musim tajmik sekarang ni, dah mula nampak pattern daie daie yang slow down, demotivated and dah mula lost trust dengan diri sendiri.Compare diri dengan daie lain,Rasa diri tak bagus,Rasa diri tak berguna.Semua tu normal dan manusiawi je.Tapi jom kita borak borak lebih dalam tentang ni?Dan jom cari solusi untuk keluar dari semua ni?Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim Jom mula dengan re-align cara pandang kita?Moga bermanfaat untuk semua daie diluar sana!
Nov 23, 2025
10 min

Assalamualaikum semua!Masyallahh lama kita tak bersiaran dan ke udara.Minta maaf sangat sangat.Tapi jangan risau, alhamdulillah kali ini kita dapat come back dengan siri Read With Me, daripada buku The Untold Muslim Legends.Insyallah kali ini kita nak mengutip the untold lessons from Abu Bakr. Seorang sahabat yang kita mungkin selalu dengar nama dan kisahnya.Tapi mungkin sebenarnya ada lagi hikmah dan ibrah yang kita termissed sebelum ini.Dengan kata “ayanqus wa ana hayy? (adakah akan ku biarkan agama ini berkurang, sementara aku masih hidup?!), mari kita mulai refleksi ini.Bismillahirrahmanirrahim 🤲🏻
Nov 22, 2025
14 min

Alhamdulillah buku baru dari Indonesia dah sampai!Jom rasmikan buku baru, Untold Muslim Legends - Edgar Hamas, sama sama? BismillahirrahmanirrahimLet’s read with me, kisah tragis sekaligus menginspirasi Seorang sahabat bernama Wahsyi 😭
Aug 22, 2025
31 min

Assalamualaikum semua!Lama dah kita tak bersiaran. Alhamdulillah finally dapat curi time untuk keudara dan berkongsi latest updates tentang PhD journey and some reflections dengan anda semua yang sama sama dah membersamai perjalanan saya ini secara virtual. Indeed, Allah al fattah sentiasa berupaya untuk membuka macam macam pintu yang kita tak sangka dalam hidup kita ni. Moga kisah saya ni sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada semua para mujahid diatas jalan jihad ilmu yang lain jugak.Hingga pada akhirnya moga perjalanan pengembaraan menuntut ilmu kita benar benar menundukkan dan menjadikan kita hamba yang sebenar dan memudahkan jalan kita ke syurga!Doakan saya dan kita semua 🤍
Aug 9, 2025
13 min

Alhamdulillah lama tak bersiaran akhirnya Allah beri keizinan, rezeki dan kekuatan untuk kita buat comeback Palestine Talk kita sempena Ramadhan 2025/1446H! Banyak sangat benda dah berlaku in between episode lepas hingga ke hari ini.Muhammad Deif dah syahid, Syria dah bebas, Tuufan Al Aqsa dah ceasefire (Israel pun dah sempat betray segala janji dalam ceasefire 🙄). Kali ini kita akan sambung dengan berkenalan dan mengambil inspirasi daripada rijal rijal yang telah menginfaqkan diri dan kepakaran mereka dalam bidang Sains dan Engineering untuk Islam dan lawan pengganas Zionazi laknatullah.Jemput dengar, share and comment episode kali ini 🦾🇵🇸
Mar 8, 2025
29 min

Satu dunia gempar menerima berita kesyahidan Komanden Tuufanul Aqsa, As Syahid Yahya Sinwar yang pada mulanya diberitakan oleh media Zionazi laknatullah yang kemudiannya telah disahkan oleh H*MAS dan Briged Izzuddin Al Qa55am sendiri pada 17-18 Oktober 2024. Seorang yang amat digeruni oleh musuh islam, berada dalam senarai teratas dalam the wanted list yang ingin dibunuh oleh israhell, sangat keras dengan orang kafir yang ingin menghancurkan islam tapi sangat lembut dengan orang beriman. Musuh musuh islam menuduhnya sebagai seorang ketua yang pengecut kerana berperang daripada dalam lubang dan tunnel. Bahkan ada yang dengan biadap memanggilnya dengan gelaran “tikus”!Tak cukup dengan itu, musuh menuduhnya menjadikan civilian sebagai human shield, tapi Allah sendiri yang membersihkan namanya dengan memuliakan dia dengan syahid dalam keadaan sedang berjuang dibaris depan dan tidak mati mudah!Mari kita berkenalan dengan satu sosok yang sedang hidup disisi Allah dan sedang menerima nikmat yang tidak putus putus dari rezeki Allah disyurga. Bagaimana dia mula terlibat dengan perjuangan jihad hingga akhirnya dimuliakan dengan syahid. Bismillahirrahmanirrahim. Jom kita belajar dari para syuhada?
Oct 19, 2024
1 hr 9 min

Haa dalam episode sebelum ni, kita terstop ditengah jalan cerita tentang kisah perjuangan lelaki berkerusi roda yang sangat menggugah ini bersama dengan anak anak binaannya, termasuklah beberapa kisah Yahya Sinwar yang kita kenal hari ini. Jom habiskan belajar kisah pemuda hebat yang tak pernah berdiri, tapi dapat memimpin satu batalion jihad dengan kekuatan iman yang Allah kurniakan padanya ini 🔥🦾Ya Allah, redhailah dia,Dan pilihlah kami untuk menjadi penerus perjuangannya hingga kami juga turut syahid dalam keadaan membenarkan janji 🤲🏻🤲🏻
Oct 19, 2024
52 min
Load more

