Belang Harimau Besi - SYOK Podcast [BM]
Belang Harimau Besi - SYOK Podcast [BM]
SYOK Podcast
Belang Harimau Besi membawakan kisah benar perjuangan Malaysia Batallion I (MALBATT I) di Bakara Market, Mogadishu, Somalia. Kisah ini juga membuka sejarah yang telah berlaku pada 27 tahun yang lalu. Nak sponsor atau kolaborasi? Emel [email protected] atau WhatsApp 012-2494632.
Temu Bual Eksklusif Bersama Ketua Pengarah DBP | Belang Harimau Besi EXTRA
Pihak SYOKcast “Belang Harimau Besi” berbesar hati menerima kedatangan YANG BERBAHAGIA DATUK ABANG SALLEHUDDIN BIN ABANG SHOKERAN, KETUA PENGARAH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, untuk berbicara tentang jalinan kerjasama antara pihak SYOKcast dengan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam menyokong naskhah “SOMALIA: BELANG HARIMAU BESI” tulisan Yang Berbahagia BRIGEDIER JENERAL DATO’ HAJI MOHD HALIM KHALID.
Oct 21, 2020
19 min
Kisah Eksklusif Brig Jeneral Dato' Mohd Halim Khalid | Belang Harimau Besi EXTRA
SYOKcast bertemu dengan penulis buku ‘Belang Harimau Besi’, Brig Jeneral Dato’ Mohd Halim Khalid yang telah bertempur bersama pasukan seperjuangannya dalam peristiwa ‘Black Hawk Down’ di Mogadishu, Somalia. Bersama Lily Haslina Nasir, penyunting asal manuskrip merangkap penulis skrip SYOKcast; Brig Jeneral Dato’ Mohd Halim Khalid berkongsi kisah eksklusif. Memori berdarah 27 tahun lalu diungkap kembali. Semoga kisah luar biasa ini mencetus inspirasi, mengibarkan panji dalam nurani setiap anak pertiwi.
Oct 14, 2020
48 min
Harimau Besi Gagah Bertaring | Belang Harimau Besi BABAK Terakhir
Biarpun satu nyawa terkorban, 10 anggota tercedera namun MALBATT 1 terus mengaum melawan keganasan. Belang Harimau Besi, tak akan undur selagi tanah masih dipijak kaki.
Oct 7, 2020
18 min
Gugurnya Wira Bangsa | Belang Harimau Besi BABAK 4
MALBATT 1 diuji lagi apabila ada pasukannya terkorban. Begitulah besarnya harga sebuah keamanan. Bagaimanapun, mereka tetap terus berjuang dan melawan segala dugaan!
Sep 30, 2020
17 min
Militia Umpama Dubuk-Dubuk Liar | Belang Harimau Besi BABAK 3
Kali ini, MALBATT 1 terus diuji dengan tembakan dari pelbagai sudut serta peluru dari pelbagai arah. Biarpun hari esok belum tentu hidup atau mati, para pejuang ini terus melangkah untuk keamanan.
Sep 23, 2020
14 min
Langit Sering Beributkan Peluru | Belang Harimau Besi BABAK 2
Tiada penempatan, tiada kemudahan se-asas air, malah dihujani dengan peluru yang boleh merenggut nyawa. Namun MALBATT 1 terus bertahan atas nama perjuangan dan keamanan.
Sep 15, 2020
14 min
Hadirmu Tidak Diundang, Pergimu Tidak Dihalang! | Belang Harimau Besi BABAK 1
Pertama kali tiba di Somalia, pasukan MALBATT 1 sudah pun diuji dengan persekitaran dan jelingan tajam. Namun, kaki sudah setapak melangkah, tak mungkin mereka kembali mengalah.
Sep 9, 2020
16 min