Asatizah Selangor (ANAS)
Asatizah Selangor (ANAS)
Asatizah Selangor
Podcast ANAS merupakan satu platform untuk anda mendapatkan kupasan isu semasa, menjawab persoalan asas agama dan motivasi yang akan meningkatkan diri.
Studio Ihya Ep. 8 — Ini Caranya Pertahan dan Perkukuh Institusi Mufti
Episod ke-8 Studio Ihya bakal membahaskan isu seputar institusi Mufti dan pemfatwaan bersama tetamu jemputan Ustaz Fauwaz Fadzil (AJK Majlis Perundangan Syarak Wilayah Persekutuan) dan diacarakan oleh Ustaz Arsyad. Rakaman Episod ini disiarkan di Facebook, Youtube, Tiktok dan Spotify rasmi Asatizah Selangor. Podcast Studio Ihya dibawakan oleh Asatizah Selangor.
Nov 15, 2024
1 hr
Studio Ihya Ep. 7 — Ulang Tahun Taufan Aqsa: Menuju Pembebasan al-Quds
7 Oktober, tarikh yang menjadi titik baharu dalam sejarah dunia apabila realiti sebenar bumi Aqsa yang selama ini dilabrak dengan alasan keselamatan sebuah negara haram, mula tersingkap di mata di dunia. Negara haram yang selama ini berselindung di sebalik sejarah pedih genosida kaum mereka berterusan memainkan watak mangsa—atas nama beberapa orang tebusan, mereka telah mensia-siakan puluhan ribu nyawa manusia yang tidak berdosa. Lebih sayu lagi, umat Islam sehingga hari ini kelihatan tidak berdaya bangkit melawan kezaliman yang nyata ini. Negara-negara yang mengaku mereka sebagai pemuka umat Islam juga masih berpeluk tubuh, bahkan mendanai pula penubuhan negara haram ini. Malam ini, bersama kami di Studio Ihya, kita merenung masa hadapan bumi Aqsa ini—apakah ada sinar di hujung terowong gelap, atau takdir warga Aqsa sememangnya sudah tersimpul mati? Siaran langsung di Facebook, Youtube dan Tiktok ANAS.
Oct 7, 2024
1 hr 4 min
Studio Ihya Ep. 6 — Jenayah Kopiah Putih
Mutakhir ini, penipuan atau scam yang bertopengkan niat kebajikan semakin rancak dijalankan. Tidak dinafikan, sindiket penipuan ini sudah wujud sejak zaman nenek moyang kita—bahkan Allah SWT sendiri menempelak golongan ini dalam surah al-Mutaffifin. Lebih parah lagi, hari ini terdapat pihak dan figura tertentu yang menggunakan perwatakan murni agama untuk menipu dengan lebih sofistikated. Jenayah Kopiah Putih, itu yang akan dibincangkan oleh Ustaz Anas Ainan bersama tetamu jemputan kali ini, Ustaz Arham Merican, Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.#StudioIhya #AsatizahSelangor #ANAS #Podcast
Aug 8, 2024
52 min
Studio Ihya Ep. 5 — Naratif Quran Perihal Hijrah
Alhamdulillah, selamat tahun baharu hijri! Sempena bulan Muharram ini, Studio Ihya menampilkan Ustaz Syaari Ab Rahman dan Ustaz Anas Ainan bagi membincangkan mengenai "Naratif Quran Perihal Hijrah". Dibawakan oleh Asatizah Selangor (ANAS). #StudioIhya #AsatizahSelangor #ANAS #Quran #Hijrah #Islam
Jul 10, 2024
55 min
Studio Ihya Ep. 4 — Polemik Hadis Daif dan Penyatuan Aliran Umat Islam
Saban tahun, kita tidak pernah gagal daripada disajikan dengan perbalahan dalam kalangan masyarakat awam dan asatizah seputar isu hadis daif. Seperti satu kemelut yang tiada jawapan—sedangkan ada—ia membarah dan membunuh keharmonian masyarakat Islam secara perlahan-lahan. Dalam episod keempat, Studio Ihya membawakan Ustaz Wan Ji Wan Hussin bersama Ustaz Anas Ainan bagi membincangkan isu hangat ini. Semoga di penghujung tahun 1445 ini, kita menemui hikmah dan manfaat daripadanya. Dibawakan oleh Asatizah Selangor (ANAS). #StudioIhya #AsatizahSelangor #ANAS #HadisDaif #Islam
Jul 6, 2024
1 hr 4 min
Studio Ihya Ep. 3 — Legasi Nabi Ibrahim: Ibrah dan Inspirasi
Dalam episod ketiga, Studio Ihya membawakan Ustaz Azlan Shah Nabees Khan bersama Ustaz Anas Ainan bagi membincangkan mengenai salah seorang nabi yang membawa sosok bapa pengasas atau 'the founding father' dalam agama kita, iaitu Nabi Ibrahim A.S. Topik istimewa ini turut membawa kita menelusuri makna dan hikmah pensyariatan ibadah korban dan hari raya Aidiladha. Dibawakan oleh Asatizah Selangor (ANAS). #StudioIhya #AsatizahSelangor #ANAS #Korban #Nabi #Ibrahim
Jun 14, 2024
1 hr 1 min
Studio Ihya Ep. 2 - Soal Jawab Zakat Fitrah
Ramadan kian menghampiri penghujungnya, sudahkah anda menunaikan zakat fitrah? Jangan tersilap, zakat fitrah hanya boleh dibayar sepanjang bulan Ramadhan. Jom bersama Ustaz Furqan Abdullah dan Ustaz Farhan Hanapiah bersembang mengenai zakat fitrah dalam episod kedua Studio Ihya. #StudioIhya #AsatizahSelangor #ANAS #Zakat #ZakatFitrah
Apr 2, 2024
54 min
Studio Ihya Ep. 1 - Badar Kubra: Ibrah dan Inspirasi
Sertai Ustaz Khubaib Asmadi dan Ustaz Anas Ainan dalam episod pertama Studio Ihya menelusuri sejarah Badar Kubra. Dibawakan oleh Asatizah Selangor (ANAS). #StudioIhya #AsatizahSelangor #ANAS
Mar 30, 2024
1 hr 2 min
Webinar ANAS #9 | Vaksin Sebagai Jalan Keluar Daripada Covid-19
Ikuti webinar ANAS siri 9 yang akan mengupas topik "Vaksin Covid-19:  Teori Konspirasi vs Maslahah". Topik ini akan dikupaskan oleh Dr Musa  Nordin, seorang ahli perubatan yang konsisten mendidik masyarakat  berkenaan dengan kepentingan pengambilan vaksin.
Feb 27, 2021
4 min
Webinar ANAS #9 | Proses Fatwa Dihasilkan
Ikuti webinar ANAS siri 9 yang akan mengupas topik "Vaksin Covid-19:  Teori Konspirasi vs Maslahah". Topik ini akan dikupaskan oleh Dr Musa  Nordin, seorang ahli perubatan yang konsisten mendidik masyarakat  berkenaan dengan kepentingan pengambilan vaksin.
Feb 27, 2021
12 min
Load more