Show notes
Kuliah Bahrul Mazi Jilid 13 yang berlangsung di Masjid Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah pada 17 April 2012.
~ Hadis yang pelik sikit~ Malaikat Maut diutuskan untuk mencabut nyawa Nabi Musa~ Nabi Musa penampar Malaikat Maut sehingga mata Malaikat Maut "cemey" sebelah~ Permintaan Nabi Musa untuk mati berdekatan Baitul Maqdis~ Kubur tepi jalan dibawah timbunan tanah merah~ Ajal manusia boleh diubah mengikut kehendak Allah~ Berdoa kepada Allah supaya panjang umur dalam amal ibadah~ Nabi doa supaya tidak dimatikan dalam keadaan tertimbus, jatuh dari tempat tinggi, mati lemas, mati terbakar, nyanyuk dan tergelincir oleh syaitan~ Mati dalam keadaan lari daripada medan perang~ Kematian dalam keadaan yang tidak bersedia~ Doa supaya dilindungi daripada disengat binatang bisa~ Bila kita boleh tahu, kematian seseorang itu elok atau tidak~ Kisah orang yang mati dalam medan perang tapi masuk neraka sebab bunuh diri~ Kita tak tahu kesudahan kematian kita macam mana~ Antara wasiat akhir Nabi sebelum Nabi wafat, ialah jaga solat~ Jangan buat naya kepada orang suruhan~ Apabila menziarahi orang sakit atau orang mati, cakap yang baik-baik~ Malaikat akan mengaminkan apa yang dipercakapkan~ Doa yang Nabi ajar sekiranya diuji dengan kematian ~ Ada lagikah orang yang lebih baik daripada Abu Salamah~ Hadis sahih yang "kurang diamalkan" semasa mengikuti majlis pengkebumian~ Apa yang dimaksudkan dengan "qiraat"?-- BAHRUL MAZI JILID 13 MUKA SURAT 209 --~ Maksud takkabbur~ Agama tak suka orang yang membesarkan diri~ Jangan ada sifat sombong dalam diri~ Siapa sombong tak boleh masuk syurga~ Sifat adil Allah~ Iman yang sedikit, satu hari akan masuk syurga~ Minum arak, tapi tak menghalalkannya~ "Bagi aku, arak tak haram"~ Bahaya buat cakap pandai~ Berapa ramai orang pakai tudung, tapi berzina~ Kegagalan kita sebagai suami, jangan sampai mencabar Allah~ Kisah manusia yang akhir sekali keluar dari neraka~ Bagaimana yang dimaksudkan dengan sombong dan besar diri~ Perasan dia lebih, dia betul, orang lain kurang, tak betul~ Tok guru mengajar tasawuf untuk "Clorox" hati~ Guru yang bukan saja muaalim, malah murabbi~ Kisah sahabat Ustaz di Selangor~ Nak express dapat agama, cari guru yang tak mengajar di masjid~ Rasa diperbodohkan dengan agama~ Anak yang tiba-tiba berubah, tengok dulu, dia ikut siapa~ Ciri-ciri orang sombong~ Cara duduk sila panggung~ Iblis cekak pinggang tanda kesombongan~ Memandang orang dengan "ekor mata"~ Kisah Abdullah Bin Salam, bekas rahib Yahudi~ Ucapan sulung Nabi di Madinah~ Seorang yang ikhlas mencari kebenaran~ Cara tanya nama orang yang paling baik~ Akhlak Nabi Muhammad menyebabkan orang nak masuk Islam~ Championnya control rokok di mulut~ Salah satu tanda besar diri, ialah tak mahu bekerja dengan orang~ Syok dengan akhlak Sultan Muhammad V~ Ular senduk takkan hilang bisa bila menyusur akar~ Cikgu tak jawab salam anak murid~ Sahabat sengaja keluar dari rumah, sebab nak bagi salam kat Nabi~ Letak tangan di dada, apa yang kita suka orang buat kat kita, kita kena buat kat orang~ Orang yang tak boleh dikritik dan ditegur seolah-olah tak pernah buat salah~ Dia tok guru besar, tak boleh diajar oleh orang lain~ Kena saling melengkapi antara satu sama lain~ Sentiasa nak menang, walaupun dia tahu lawannya betul~ Tiga bahagi besar diri dan sombong~ Manusia zalim dan jahil~ Jahil dengan perintah Allah~ Kalau tak berapa cerdik, jangan bercakap, bila bercakap orang tahu, bodoh~ Orang yang suka pakai elok-elok dan kemas~ Adakah memakai pakaian yang cantik, dianggap sombong dan besar diri?~ Orang yang terlalu "perfectionist" akan mudah kena darah tinggi~ Allah suka kepada orang yang sentiasa kemas~ Keelokkan akan datang dengan pakej "sombong"~ Tanda sombong ialah menolak kebenaran dan memandang lekeh orang lain--Sokong Projek Zonkuliah Dengan Menyumbang Ke Akaun Berikut : ➢ https://payment.tngdigital.com.my/sc/bDLnYClrWk➢ MAYBANK (Produksi Zonkita) - 557250054584
