Show notes
Kuliah Bahrul Mazi Jilid 15 yang berlangsung di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada 3 April 2012.
~ Nabi nampak sebuah istana ketika Nabi berjalan di dalam syurga~ Istana kedua yang lebih cantik daripada istana pertama~ Ada bidadari dalam istana kedua~ Nabi "cemburu" terhadap Saidina Umar~ Sahabat sanggup buat apa sahaja untuk Nabi~ Detik awal Saidina Umar masuk Islam~ Keluar daripada rumah dengan niat nak halang Nabi pi masjid~ Buat haji dan umrah, orang dah azan baru nak turun solat~ Kisah seorang cikgu Ustaz dan Imam buta di Masjidil Haram~ Hanya Allah yang tahu, apa maksud disebalik kejadian~ Nabi jadi imam baca surah Al Haqqah~ Seorang Arab yang berilmu dan terpelajar~ Rasa kagum dan takjub dengan susunan bahasa Quran~ Tak berkenan dengan seseorang ustaz, hasut orang lain pun tak pi dengar kuliah ustaz~ Kalau dengar nanti terpukau dengan penyair dan ahli sihir~ Quran menjawab kepada apa yang terlintas dihati~ Dapat rasa Islam terbenam masuk ke hati~ Kisah hari kewafatan Nabi~ Betapa sayangnya kepada Nabi sampai tak boleh terima kewafatan Nabi~ Kita tak mau dengar sesuatu yang buruk kena kepada orang yang kita sayang~ Kedatangan Saidina Abu Bakar melihat wajah Nabi yang telah wafat~ Kalau hangpa sembah Muhammad, hari ni Muhammad telah mati~ Adakah ada satu dangau untuk kita di dalam syurga-- BAHRUL MAZI JILID 15 MUKA SURAT 230 --~ Bab tolong saudara yang zalim dan yang kena zalim~ Maksud "zalim" ialah buat naya orang~ Kejadian budak muda, tampar pak lebai~ Kucing mati lepas buat lintas hormat~ Tuduh orang dengan sangka dan agak (maki dan sebagainya)~ Macam mana nak tolong orang yang buat zalim?~ Wajib tegur tegah orang yang buat salah~ Bandingan hukuman Budak perempuan Melayu ditangkap menari tiang~ Masalah orang yang mengampu pemerintah~ Tidak salah kita mendekati pemerintah dan sultan~ Pertemuan dengan perdana menteri untuk menambah ilmu~ Antara cara menasihati pemerintah~ Kadang-kadang kita takut bayang-bayang sendiri~ Jenuh nak menjawab diakhirat~ Kisah hebat Imam An Nawawi~ Umur muda dah jadi tuan guru di darul hadis~ Tak suka dengan gelaran Muhyiddin~ Malu nak pakai gelaran Tuan Guru~ Tawadduk ni bukan boleh buat-buat~ Malam dijadikan waktu untuk tulis kitab~ Orang yang hebat dalam masyarakat~ Ini bukan fatwa, ini buat zalim kepada rakyat~ Kisah Ulama Rakyat vs Pemerintah Raja~ Orang yang hidup ditengah padang pasir dan tak bercampur dengan orang, akan jadi kasar~ Kasar bermaksud kurang ajar dan kurang sopan~ Jiran sebelah rumah, masuk rumah buka tudung periuk gulai ketam~ Bercakap dengan ustaz guna bahasa "enta"~ Di universiti tidak diajar adab sopan~ Mak ayah dirumah kena ajar anak-anak bersopan~ Nak duduk di saf depan mai awal masjid jangan langkah orang~ Jangan bersila panggung depan orang ~ Masalah yang selalu terjadi dikalangan orang yang selalu memburu binatang ~ Dia dok cari burung, burung dia kena patuk~ Hadis Nabi ilmunya hidup sampai hari ni~ Pukul 7 pagi dah ada di padang golf (ligan bola yang dia pukul sendiri)~ Jaga-jaga dengan benda yang melalaikan~ Islam tidak larang minat, jangan sampai melalaikan ibadah~ Tuan Guru Haron Din selamat di bedah~ Tidak salah mempunyai hobi~ Orang yang rapat dengan pemerintah akan kena fitnah~ Darjah kebesaran jangan dicari dan ditambah~ Jahanam dunia dan akhirat dengan menjual agama~ Perkara yang sering terjadi dikalangan alim ulama~ Doa supaya Sultan Muhammad V Kelantan kekal baik~ Apabila Sultan baik, rasa hormat dan sayang rakyat bertambah~ Ulama baik, pemerintah akan mendapat nasihat yang baikSETERUSNYA~ Islam akan menjadi golongan yang menang~ Masalah budaya orang Melayu, mati di England nak bawa balik tanam di kampung juga---Sokong Projek Zonkuliah Dengan Menyumbang Ke Akaun Berikut : ➢ https://toyyibpay.com/zonkuliah➢ MAYBANK (Produksi Zonkita) - 557250054584---#Zonkuliah #UstazShamsuri #KuliahAgama
