Show notes
Kuliah Bahrul Mazi Jilid 4 yang berlangsung di Surau Lake Homes, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 27 Jun 2012.~ Aishah kata tidak pernah jumpa seorang yang lebih sopan santun dan tenang daripada Nabi melainkan Fatimah anak Nabi~ Nabi layan dan hormat anaknya dengan sangat baik~ Kejadian ketika Nabi sakit nazak (bisikan rahsia Nabi)~ Yahudi merupakan orang bisnes sejak zaman dulu sebab tu mereka control ekonomi dunia~ Bila Nabi selesai urusan di pasar, Nabi balik cari cucu~ "Aku ada sepuluh orang anak, sekoq pun aku tak pernah cium"~ Siapa yang tidak ada kasih kepada orang, Allah tak kasih dia~ Doa untuk orang sayang anak cucu kita~ Biasakan diri untuk berselawat kepada Nabi dan keluarganya~ Bila Nabi berjumpa dengan Jaafar Bin Abi Talib ~ Korban besar dalam perang Mu'tah di Jordan~ Jibril datang bagitahu Nabi sahabat-sahabat yang syahid di medan perang~ Sepupu Nabi yang diberi gelaran Jaafar At-Tayyar (Bersayap)~ Ciuman adalah sunnah Nabi~ Adakah kami sesama kami boleh tunjuk hormat dengan cara tunduk badan macam orang Jepun?~ Yang diajar oleh Allah untuk orang Islam, ialah berjabat tangan bila berjumpa~ Orang Islam tak perlu ambil budaya orang lain sebab Islam sudah lengkap~ Perincian tentang "cium" berdasarkan hadis~ Lokasi rumah Saidina Abu Bakar~ Masjid yang ada sentimental value pada Nabi (Nabi pi seminggu sekali)~ Cium orang soleh dan alim ialah ditangan~ Cium tangan orang zalim adalah dilarang (boleh menyebabkan dia bertambah angkuh)~ Kes yang terpencil yang tak boleh dibuat contoh~ Sahabat yang dok buat lawak semasa Nabi serius~ Qisas dalam Islam bermaksud setimpal~ Kisah Nabi dan Sahabat Joker~ "Saya hanya seorang peminat yang tidak dikenali.." (secret admire)~ Jangan minta nak cium perut tok guru-- BAHRUL MAZI JILID 4 MUKA SURAT 49 --~ Bab solat gerhana (satu tajuk yang agak "rare" dan jarang)~ Cara solat gerhana~ Anak Nabi bernama Ibrahim yang meninggal semasa kejadian gerhana~ Planet-planet berjalan ikut aturan Allah ~ Ibadah kursus dalam Islam tak boleh direka-reka dan memandai ikut kreativiti~ Disiplin melaksanakan ibadah berdasarkan petunjuk Nabi~ Mimbar khutbah di Kaabah (Multazam vs Mertajam)~ Solat sunat tawaf di belakang makam Ibrahim berdasarkan sunnah Nabi~ Doa minta berlindung daripada api neraka ~ Tempek dada dan pipi di dinding Kaabah~ Tambahan nilai dalam ibadah menimbulkan kepuasan~ Tujuan berlakunya fenomena gerhana~ Pengalaman melihat kejadian tsunami di Batu Feringghi~ Ramai orang tak takut kepada tuhan~ Matahari sebagai sumber kehidupan~ Bayangkan kehidupan kita tanpa air~ Andai kita kerja tapi 6 bulan tak dapat gaji~ Kena taat dan berterima kasih kepada Allah (tanda terima kasih yang paling baik)~ Bacaan bila bangun pagi (syukur sebab masih bangun selepas "mati")~ Nabi solat berjemaah dan memanjangkan bacaan semasa solat gerhana~ Apa yang paling baik dibuat, bila masuk rumah baru (kita ni syeikh Yassin)~ Petua supaya rumah tak diganggu oleh syaitan~ Jangan subconkan ibadah~ Kalau boleh selagi gerhana, selagi tu kita berada dalam solat~ Kelebihan ilmu yang Allah kurniakan kepada umat akhir zaman~ Bacaan dan kaedah perlaksaan solat gerhana berdasarkan mazhab syafie~ Rugi kalau melepaskan peluang ibadah ~ Nak baca dengan suara kuat atau perlahan dalam solat gerhana~ Gemuruh orang yang tak pernah jadi imam tiba-tiba ditolak jadi imam~ Taktik tak ingat doa semasa selesai solat jemaah~ Kalau gerhana bulan baca suara kuat, kalau gerhana matahari baca suara perlahan~ Kalau tak baca surah melainkan fatihah dalam solat sunat gerhana~ Mengucap A'uzubillah sebelum baca Alfatihah sangat penting~ Baca bismillah semasa berwudhuk sangat penting~ Solat gerhana dalam masjid atau diluar masjid~ Khutbah dalam solat gerhana itu adakah wajib?---Sokong Projek Zonkuliah Dengan Menyumbang Ke Akaun Berikut : ➢ https://toyyibpay.com/zonkuliah➢ MAYBANK (Produksi Zonkita) - 557250054584➢ PAYPAL - paypal.me/DanaZK



