Show notes
Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 4 yang berlangsung di Surau Lake Homes, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 25hb September 2013.~ Kisah sakit Nabi ketika hampir wafat~ Nabi masih berjemaah di masjid walaupun sakit~ Nama sahabat yang terpilih dan penting (papah Nabi dan sambut jenazah Nabi di liang)~ Hadis yang dijadikan hujah golongan Syiah untuk menunjukkan rapatnya Saidina Ali dengan Nabi~ Fakta sejarah yang diputar belit bagi menunjukkan sahabat Nabi gila kuasa~ Soal kepimpinan dalam Islam sangat penting~ Kalau musafir dua orang pun kena lantik ketua~ Kalau Nabi mengadu sakit, Jibril akan datang menjampi Nabi~ Antara bacaan jampi Jibril untuk sembuhkan sakit Nabi~ Ain boleh ditafsirkan sebagai "Pandangan Mata Jahat Manusia"~ Ada manusia tak boleh tengok orang lain senang~ Kematian adalah sesuatu yang dijanjikan~ Nabi cukup menjaga solat~ Orang yang paling jahat dikalangan pencuri~ Kejadian curi di masjid sultanah yang dilakukan oleh ayah dan anak~ Macam mana yang dimaksudkan mencuri dalam solat~ Ruku' dan sujud nak cepat-cepat - menghadap Allah, buat elok-elok~ Kena ada tuma'ninah dalam solat (interval)--- BAHRUL MAZI JILID 4 MUKA SURAT 68 --~ Bab Sujud Sajdah pada Surah An-Najm~ Sujud pada ayat 62 Surah An-Najm~ Bahaya bila baca Quran dan hadis tanpa membaca tafsir~ Kenapa orang kafir turut sujud bila dengar ayat 62 surah An-Najm~ Fahaman Pluraslisme yang semakin berkembang dalam masyarakat~ Kisah Lawak Pemandu Tuttut Di Chennai India~ Allah (AlJabbar) tuhan yang boleh memaksa manusia~ Orang ego nak minta maaf kat orang pun susah~ Icon kepada orang yang takabbur~ Manusia nak jadi "ego" mesti ada punca~ Antara tokoh Kafir Quraisy yang mati awal dalam perang~ Dikalangan cerdik pandai Islam pun ada pandangan yang tersilap~ Ustaz-ustaz ramai jadi penglipurlara dalam masyarakat~ Cerita dalam TV kisah-kisah yang direka-reka tak ada dalam hadis~ Kita jangan join sembahan orang kafir~ Syaitan tidak mungkin mampu kawal Nabi ikut apa yang syaitan mahu~ Boleh atau tidak tak sujud tilawah ~ Kisah Saidina Umar sujud tilawah semasa berkhutbah, tapi tidak sujud pada waktu lain~ Cara memahami hadis yang nampak macam berbeza~ Zaib Bin Tsabit antara sahabat yang specialist dalam bidang Quran~ Tabiat Nabi, suka dengar sahabat yang Qari baca Quran~ Bacaan Quran yang ikhlas "boleh mencucuk hati" orang yang dengar (Kisah Saidina Abu Bakar baca Quran)~ Ramai orang baca Quran sekadar di tengkok, tapi tidak sampai ke hati~ Mujahadah supaya jadi hati yang tunduk kepada Allah~ Sujud pada ayat-ayat sajdah lebih baik walaupun tak wajib sujud~ Bab ada sujud tilawah dalam Surah Sad (tapi tidak ditekankan)~ Taubat Nabi Daud dalam Surah Sad~ Nabi Sulaiman dan Nabi Daud terlibat dalam pembinaan Masjidil Aqsa~ Tiga permintaan Nabi Sulaiman daripada Allah~ Minta kuasa seumpama kuasa Allah~ Orang yang bersih daripada dosa seumpama baru keluar dari kandungan ibu~ Kena simpan satu niat untuk sampai ke Masjidil Aqsa~ Jericho dan Jurusalem satu kota yang penuh sejarah ketamadunan~ Syarat sah sujud tilawah~ Bab Sujud Sajdah dalam Surah Al Hajj~ Satu-satunya Surah yang ada dua tempat sujud~ Kalau berasa segan nak sujud, jangan baca ayat Sajdah~ Nak baca apa semasa sujud sajdah~ Tak tahu ada sujud sajdah semasa solat subuh~ Larangan bacaan tahiyat awal dalam solat sunat witir~ Ada pelabagai riwayat bacaan semasa sujud tilawah~ Riwayat berbeza bacaan semasa iktidal~ Sahabat mimpi pokok ikut sujud semasa dia sujud tilawah~ Kisah sahabat berkhemah di satu tempat - yang sebenarnya kubur~ Surah yang menjadi penghalang azab kubur~ Apa keistimewaan Nabi Daud? Tidak ada manusia yang ibadahnya sehebat Nabi Daud~ Doa sujud tilawah yang mahsyur~ Ada orang yang Allah tarik balik nikmat melihat---Bantu Projek Zonkuliah Dengan Menyumbang Ke Akaun Berikut : ➢ https://toyyibpay.com/zonkuliah➢ MAYBANK (Produksi Zonkita) - 557250054584➢ PAYPAL - paypal.me/DanaZK

