Show notes
Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 21 yang berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 10 April 2019.~ Apabila tiba malam pertama Ramadan, Allah akan ikat syaitan dan jin~ Pintu Neraka dikunci sepanjang Ramadan, dan pintu syurga dibuka~ Seruan kepada orang yang mencari kebaikan, dan berhenti buat jahat~ Offer dari Allah untuk bebaskan segolongan orang dari neraka ~ Apa yang dimaksudkan syaitan dan jin diikat dan dirantai sepanjang Ramadan?~ Syaitan dan jin yang ganas-ganas ditambat, tapi ada yang dibebaskan~ Orang yang tak mampu diganggu oleh jin dan syaitan~ Kerana sibuk nak buat baik, tak dengar hasutan dan bisikan syaitan~ Pastikan kita tak main-main untuk buat yang terbaik sepanjang Ramadan~ Janji Allah sesiapa yang pernah bagi pakaian, makanan, dan minuman kepada orang susah (miskin)~ Minuman "raheeq ul makhtum" daripada syurga~ Orang yang betul-betul susah tahu menghargai~ Billionaire dari Sungai Petani buat kebaikan di Mauritenia (Burtina paso)~ Tidak ada masjid yang ada air (golongan yang susah sungguh-sungguh)~ Menangis dapat telaga dan sumber air (kita tak tahu menghargai nikmat air)~ "The Drink of The Gods"~ Orang yang dia sendiri pun susah tapi sanggup tolong orang lain~ Keadaan seorang manusia dihari akhirat semasa dihisab amalan~ Kita tak ada harga dihari akhirat seumpama seorang anak kambing biri-biri~ Allah ungkit segala kenikmatan yang Allah bagi atas dunia (pertanyaan kepada pemimpin)~ Manusia yang himpun segala pemberian dan gandakan harta~ Masalah keluarkan duit dari tabung haji sebab deviden rendah~ Apa amalan yang dibawa untuk Allah?~ Manusia dengan otak kebendaan kekal sehingga dihari akhirat~ Hari Nabi sedang baca Surah Al-Takasur~ Manusia ni suka dengan sifat keakuan dan harta~ Bangga dengan kejayaan anak-anak~ Apa sebenarnya harta seorang manusia menurut Nabi?~ Kena ada simpanan sekurang-kurangnya 6 bulan untuk kecemasan~ Cukupkah bekalan untuk hidup secara infiniti diakhirat?~ All out sepanjang Ramadan kali ni~ Bangun sahur, kerana pada sahur ada barakah~ Jangan tinggal tahajjud bila bangun sahur-=- BAHRUL MAZI JILID 21 MUKA SURAT 110 -=-~ Orang mukmin berdoa kepada Allah~ Setiap manusia mesti ada buat silap~ Kena cukup merendah diri dengan Allah (jangan sombong dengan Allah)~ Nabi solat malam sampai bengkak kaki untuk buktikan syukur kepada Allah~ Segala benda yang Allah bagi merupakan satu nikmat yang patut disyukuri~ Nabi sudah nampak susahnya keadaan di mahsyar ~ Nabi sendiri beristifar 100 kali setiap hari~ Kisah perempuan yang datang bersembang dengan Saidina Aishah~ Masalah solat malam tak berhenti (buat amalan setakat mana mampu)~ Allah takkan jemu bagi pahala - tapi manusia akan jemu~ Ada orang yang dulu ikut kuliah merata-rata, lama-lama berhenti ikut (nak dapat syurga bukan senang)~ Bila terlampau sangat, half way dia drop~ Bini bagi syarahan isra' mikraj~ Suami berubah jadi lebih teruk dari sebelum ikuti kuliah~ Allah suka orang yang beramal tak banyak tapi istiqamah~ Islam takkan fardhukan benda yang manusia tak boleh buat~ Ada orang yang boleh buat ibadah solat sunat lebih banyak dari orang lain~ Kelebihan-kelebihan solat sunat 35 rakaat setiap hari berdasarkan hadis (Sheikh 37)~ Menangis sebab terlepas solat sunat sebelum subuh~ Subuh terlepas pun dok gelak lagi~ Nak tanya soalan, tapi pusing roundabout dulu~ Nabi cuma buat haji sekali saja ~ Setiap orang yang dah biasa buat haji, mesti ada rasa tak puas hati~ Orang yang buat dosa diatas dunia, jangan ingat boleh lepas diakhirat~ 4 perkara yang tidak dihisab (tersilap, terpaksa, terlupa dan lintasan hati)~ SETERUSNYA : Kelebihan yang hanya Allah berikan kepada umat Nabi Muhammad---Bantu Projek Zonkuliah Dengan Menyumbang Ke Akaun Berikut : ➢ https://toyyibpay.com/zonkuliah➢ MAYBANK (Produksi Zonkita) - 557250054584➢ PAYPAL - paypal.me/DanaZK

