Show notes
REMASTERED Kuliah Kitab Tafsir Juzuk Amma yang berlangsung di Masjid Jamiul Badawi, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 21 Mei 1999.~ Pertanyaan tentang ayat 60 Surah Al-Mukminun~ Ada segolongan manusia yang buat apa yang Allah perintah tapi hati tetap gementar~ Adakah yang dimaksudkan adalah orang yang buat maksiat?~ Orang-orang yang buat ketaatan, tapi takut Allah tak terima amalan mereka~ Orang Islam yang benar-benar beriman kepada Allah ialah orang yang sentiasa nak upgrade diri~ Manusia yang paling jahat dikalangan pencuri~ Apa yang dimaksudkan mencuri dalam ibadah solat?~ Sembahyang Patuk Ayam (pentingnya tuma'ninah)~ Mengaji agama untuk memperbaiki diri bukan untuk bermegah dengan ilmu~ Ciri-ciri manusia yang rugi dalam hidup seharian~ Ciri manusia yang dilaknat Allah (orang yang prestasinya makin jatuh)~ Pastikan kita ada rasa takut supaya kita sentiasa baiki diri~ Bimbang kalau-kalau kita tidak istiqamah dalam kebaikan~ Kita tak dapat taufik dan hidayah kalau Allah tak bagi-- TAFSIR JUZUK AMMA MUKA SURAT 82 --~ Tafsir Surah Al-Ghasiyah~ George Bernard Shaw kata Quran adalah sebuah buku yang tidak ilmiah~ Cara menjawab tuduhan George Bernard Shaw~ Suasana dimana wajah-wajah manusia tertunduk hina~ Saidina Umar menangis tengok rahib ~ Air yang menjadi minuman ahli neraka~ Roti canai dan nasi basi pun tak ada dalam neraka~ Makanan yang menambah azab dan tidak mengenyangkan~ Ada sebahagian manusia yang wajahnya ceria dihari kiamat~ Tingkatan terbaik di dalam syurga~ Tiada perkataan lagha dan merapu di dalam syurga~ Manusia suka tidur - sampai tak solat subuh~ Telaga Nabi hanya disediakan untuk umat Nabi Muhammad~ Bergaduh berebut nasi briani moreh di masjid~ Syurga ni tempat "relax"~ Kejadian dan kedahsyatan hari kiamat~ Manusia akan terbahagi kepada dua bahagian besar di mahsyar~ Orang yang paling menyesal di hari akhirat~ Air darah dan nanah busuk yang dipanaskan~ Secantik-cantik tempat diatas dunia, bukan tandingan pemandangan di syurga~ Maksud "tafakkur" - gunakan akal untuk fikir kebesaran Allah~ Orang Islam tidak boleh bertafakkur di depan Tugu Negara~ Agamakah yang mengatur hidup kita, atau kita yang mengaturkan agama?~ Bukit berperanan sebagai pasak atau paku bumi~ Macam-macam ilmu ada dalam Quran~ Bumi nampak seumpama sebuah hamparan~ Kita tidak boleh paksa orang untuk menerima hidayah~ Siapa yang memilih untuk ingkar seruan dakwah, dia akan dukacita diakhirat~ Golongan yang berbeza dalam mendengar kuliah dan ceramah agama~ "Agama ni sudah tidak relevan.."~ Kisah hidayah hanya selepas sekali dengar kuliah agama~ Bukan senang nak ubah anak-anak supaya ikut agama~ Tanggungjawab dakwah ni bukan perkara kecil~ Unta tanda kekayaan dalam masyarakat arab zaman dulu~ Hebatnya Akhlak Unta - manusia pun belum tentu boleh tanding~ Manusia akan mengaku pasti ada tuhan dalam alam ini~ Tidak ada kita paksa orang buat ibadah jika hati mereka tidak mahu~ Allah akan azab orang yang tidak terima dakwah yang disampaikanSOALAN :~ Berdosakah tak reti baca Quran? Dan adakah doa orang yang tak reti baca Quran diterima Allah?~ Apa hukum angkat tangan semasa khutbah kedua solat Jumaat?~ Macam mana cara anak nak ajak ayah solat?

