Show notes
Kuliah Bahrul Mazi Jilid 14 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Masjid Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah pada 20hb Oktober 2015.~ Maksud dan perbezaan antara Sahabat dan Tabi'in~ Nabi manusia biasa - kisah detik-detik akhir sebelum Nabi wafat~ Sakit Nabi semakin berat dari sehari ke sehari~ Dalam keadaan sakit pun, masih fikirkan pasal solat umat~ Pentingnya solat - tak sembahyang bermaksud tak beragama~ Semua masih belum solat isyak, kerana tunggu Nabi~ Saidina Abu Bakar As-Siddiq ada ramai isteri~ Perbezaan pintu "Abu Bakar" di Masjid Nabawi~ Orang yang berhati lembut - mudah menangis (bukan semua orang ada hati macam ni)~ Orang yang mudah tersentuh dengan cerita-cerita agama adalah orang pilihan~ Masing-masing rasa tak layak untuk jadi ketua~ Betapa sahabat "respect" Nabi~ Kekasih Allah pun sakit~ Solat (sembahyang) itu keutamaan~ Orang yang jaga solat adalah orang yang jaga Allah~ Ibnu Masud yang melawat Nabi sakit tenat~ Perbuatan-perbuatan yang dianjurkan bila melawat orang sakit~ Orang sakit ni sensitif dan mudah tersentap hati~ Sakit seorang Nabi dua kali ganda lebih sakit dari manusia biasa~ Nabi buat baik dapat double pahala - itulah peraturan Allah~ Siapa yang ditimpa musibah atau sakit yang Allah timpakan, akan luruh dosa daripadanya~ Sakit adalah mainan dalam hidup manusia~ Sabar mengundang satu nikmat besar dari Allah~ Doa yang Nabi tak pernah tinggal pada pagi dan petang setiap hari~ Bila sakit, segala-gala jadi tak sempurna~ Statistik orang yang kena sakit kencing manis (diabetes)~ Penyakit yang sangat menakutkan~ Dalam masa 35 tahun - Malaysia dapat ranking No 1 penyakit kencing manis di Asia Tenggara~ Sakit yang boleh menyebabkan kena "dialisis"~ Ubat yang paling mujarab untuk segala penyakit ~ Kos rawatan dialisis (cuci buah pinggang) setiap bulan~ Duit simpanan boleh habis sekelip mata sebab kos rawatan yang tinggi~ Nisbah orang kencing manis di Malaysia pada tahun 2015~ Kena ada sekumpulan manusia yang boleh cari punca penyakit~ Ramainya orang "tension" dalam masyarakat (jiwa kacau)~ Semua penyakit yang ada dalam dunia, boleh memufliskan orang berduit~ Anak baru lahir sebulan dah masuk senarai "Death In List"~ Betis dan paha bengkak akibat kanser hati~ Mahalnya nikmat sihat--- BAHRUL MAZI JILID 14 MUKA SURAT 49 ---~ Dunia adalah hak Allah - kena jadikan Allah sebagai panduan hidup~ Ada dua jenis ubat-ubatan - ubat hati dan ubat anggota badan~ Ubat untuk hati supaya subur sifat mahmudah (baik) hilang sifat mazmumah (jahat)~ Selama ni kita paksa orang sakit makan~ Bila berserabut dan keluh kesah - ubatnya ialah zikir ingat Allah~ Doa supaya sentiasa "ready" untuk balik menghadap Allah~ Ubat penyakit kebas kaki~ Masalah alahan dengan biji janggus~ Tok Siak pakai mask di masjid~ Jangan cari benda mudarat dan tak bermanfaat (ilham dari rokok)~ Ustaz hisap rokok mengajar kitab hikam~ Kisah Tok Guru Mat Saman Kati - halau murid keluar surau

