Zonkuliah
Zonkuliah
Zonkuliah
BM12 | 011116 | "Lari Dari Wabak & Khurafat Tata Rakyat" - Ustaz Shamsuri Ahmad
1 hour 41 minutes Posted Mar 18, 2021 at 10:59 pm.
0:00
1:41:15
Download MP3
Show notes
Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 12 yang berlangsung di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada 1hb November 2016.
~ Saidina Umar ketika menjawat jawatan khalifah hantar panglima tentera ke Syam
~ Syam sedang dilanda wabak (maksud wabak - penyakit berjangkit)
~ Umar panggil sahabat-sahabat untuk dapatkan pandangan samada nak masuk atau tidak ke kawasan wabak
~ Berbeza pendapat adalah perkara biasa dalam kehidupan
~ Jika ditakdirkan kena penyakit berjangkit, kita akan kehilangan ramai para sahabat
~ Keputusan yang nak lari daripada takdir Allah
~ Siapa Abu Ubaidah Al-Jarrah (salah seorang daripada 10 yang dijamin syurga)
~ Bertembung dengan bapa sendiri dalam perang Badar
~ Kisah diabadikan dalam Quran yang akan dibaca sehingga hari kiamat
~ Komander Tentera Yang Dijamin Syurga
~ Dalam setiap umat, ada seorang yang paling amanah
~ Orang yang paling amanah dalam umat Nabi Muhammad
~ Nabi pesan supaya jangan masuk tempat yang ada wabak penyakit
--- BAHRUL MAZI JILID 12 MUKA SURAT 205 ---
~ Boleh atau tidak makan dengan orang yang kena sakit kusta
~ Apa yang dimaksudkan penyakit kusta
~ Bakteria ada yang baik dan bateria jahat
~ Ulama pun ada ulama pewaris Nabi dan ulama Jahat
~ Yakult buatan Jepun - dalam minuman ada bakteria
~ Tanda-tanda awal penyakit kusta
~ Bahayanya penyakit kusta
~ Satu masa dulu, pesakit-pesakit kusta ditempatkan di Sungai Buloh
~ Jangan mendekati orang yang kena penyakit kusta
~ Iman cukup mantap, penyakit akan kena dengan izin Allah
~ Demam campak salah satu penyakit berjangkit
~ Kalau Allah tak izin, tak berjangkit
~ Lari dari orang penyakit kusta macam nampak singa
~ Mencegah lebih baik dari mengubati
~ Penyakit tidak akan berjangkit tanpa izin Allah, tapi jangan cari penyakit
~ Kepercayaan karut bila dengar bunyi burung hantu
~ Kepercayaan bahawa orang mati jadi hantu
~ Malam Jumaat, roh orang mati tunggu tahlil dan yassin dari anak-anak
~ Cerita misteri Nusantara - orang mati balik rumah di Malam Jumaat
~ Anak lebih takut Hantu daripada takut Tuhan
~ Ilmu sihir ni perkara yang benar wujud
~ Orang mati takkan hidup balik atas dunia
~ Kecuali mukjizat Nabi Isa
~ Kurafat dan cerita karut dalam masyarakat kena buang
~ Budaya tolak bala dalam masyarakat pada sekitar tahun 70-an (Mandi Safar)
~ Buku Tata Rakyat cerita pasal Mandi Safar
~ Jasa Dato Seri Anwar Ibrahim dalam menyelamatkan akidah ummat
~ Bukan senang nak ubah sesuatu kepercayaan yang telah berakar umbi dalam masyarakat
~ Nasib tak baik (malang / sial / seyy ) boleh berlaku disebabkan tiga perkara
~ Ciri orang perempuan yang boleh bawa "leceh"
~ Perempuan yang suka merendahkan suami depan orang lain
~ Antara punca kerosakan remaja, sebab rumah sempit
~ Nak jadi malang, bukan tunggu kereta buruk, kereta baru pun boleh rosak
~ Maki tiga lori sebab rumah bocor
~ Tujuan Nabi buat tindakan berbeza berkaitan hubungan dengan pesakit kusta
~ Segala macam penyakit ada sampai insuran tak mau tanggung
~ Marah Allah bila diuji dengan penyakit ain
~ Iblis sudah masuk dalam diri, dan rosakan segala amalan yang dibuat sebelum diuji dengan sakit
~ Boleh atau tidak isteri minta cerai jika suami kena penyakit kusta
~ Bolehkah orang yang tak berpenyakit bercampur gaul dengan orang berpenyakit kusta
~ Perkampungan orang berpenyakit kusta itu yang terbaik
~ "I Crazy dengan Pokok bunga kertas..."
~ Perbualan dengan Pakar "Pain Management"
~ Sakit kepala 15 tahun, sampai naik menyampah tengok ubat