Zonkuliah
Zonkuliah
Zonkuliah
TNI4 | 090215 | "Bumi Jadi Saksi & Rahsia Besar Allah" - Ustaz Shamsuri Ahmad
1 hour 34 minutes Posted Mar 18, 2021 at 10:17 pm.
0:00
1:34:31
Download MP3
Show notes
Kuliah Kitab Tafsir Nurul Ihsan Jilid 4 yang berlangsung di Surau Taman Kerian, Parit Buntar, Perak pada 9hb Februari 2015.
~ Nabi baca sepotong ayat dari Surah Al-Zalzalah
~ Bumi akan bercerita apa yang disimpan selama ini
~ Apa benda yang akan diceritakan oleh bumi?
~ Bumi akan menjadi saksi didepan Allah atas setiap manusia
~ Rupa-rupanya bumi merekod setiap satu benda yang kita pernah buat sepanjang hidup
~ Bumi akan bercerita secara details di depan Tuhan
~ Hati-hati dengan tingkah laku dan tutur kata kita, kerana kita akan didakwa di hadapan Allah pada hari kiamat nanti
~ Hari kiamat ini sangat dahsyat
~ Apabila tiba tiupan sangkakala yang memekakkan telinga
~ Bunyi dia pun dah dahsyat - belum cerita apa yang akan jadi selepas bunyi itu
~ Manusia lari daripada saudara dan mak ayah dia sendiri
~ Ada manusia yang wajahnya berseri-seri pada hari kiamat
~ Ada manusia yang wajahnya berdebu dan serba ketakutan
~ Balasan untuk orang kafir, jahat dan derhaka Allah diatas dunia
~ Kerja ustaz-ustaz kampung untuk menakut-nakutkan orang kampung
~ Sampai di kampung akhirat esok, dia akan tau, siapa betul siapa salah
~ Hari kiamat, hari yang tiada seorang pun mampu tolong orang lain
~ Malaikat Israfil yang kerjanya nak tiup sangkakala sudah meletakkan sangkakala dimulutnya
~ Kiamat at any time boleh jadi
~ Cara Nabi bercerita tentang Dajjal kepada para sahabat
~ Doa dan zikir yang Nabi suruh banyakkan sebut dimulut jika terlalu takut dengan ketibaan kiamat
~ Keadaan dan perjalanan manusia menuju padang Mahsyar
~ Hari kiamat adalah hari yang "guarantee" akan jadi
~ Kiamat adalah hari yang sangat-sangat dahsyat dan tak boleh digambarkan dalam kepala
~ Tujuan Allah adakan hari kiamat untuk beri keadilan kepada semua manusia
~ Kiamat akan menentukan orang yang bersalah dihukum
~ Kiamat membuktikan kekuasaan dan kekuasaan Allah serta membenarkan janji Allah
--- TAFSIR NURUL IHSAN JILID 4 MUKA SURAT 216 ---
~ Tafsir Surah Al-Haqqah (Saat yang pasti berlaku)
~ "Cakap yang benar walaupun pahit.."
~ Apakah yang akan berlaku pada hari kiamat?
~ Hari dimana semua orang akan dapat segala yang Allah dan Nabi janji
~ "Kenapa Allah dok biar orang cakap menghina hukum hudud..?"
~ "Disana ada satu hari yang Aku akan buktikan apa yang Aku kata.."
~ Rahsia Allah yang kita tak tahu
~ Nabi pun tak tahu betapa dahsyat keadaan sebenar kiamat
~ Allah simpan sebagai Rahsia besar Allah
~ Umat zaman dulu pun dah tak percaya kiamat - sampai hari ni tak percaya
~ Tempat yang disebut sebagai Madain Saleh (Perkampungan Kaum Tsamud)
~ Kaum yang dibinasakan dengan halilintar
~ Jerkahan Malaikat Jibril hingga putus urat jantung
~ Allah yang control "sukatan dan timbangan" apa yang dilepaskan keatas dunia
~ Hujan sepatutnya tidak membawa mudarat, tapi salah kita yang jadi punca banjir
~ Tangan manusia menjadi punca azab
~ Nabi suruh sahabat buang tepung yang diuli menggunakan air telaga kaum yang dibinasakan Allah
~ Jangan guna produk yang dibuat daripada Air Laut Mati
~ Tour Guide dapat comission promosi jual barang Laut Mati
~ Kalau boleh jangan masuk kampung tempat orang dulu kena azab, melainkan kalau boleh menangis
~ Diantara tanda jahat seorang manusia - "biji mata ikan kering" tak pernah menangis
~ Ulama dulu sampai paksa suruh keluarkan air mata
~ Orang dulu-dulu tinggi-tinggi (daripada dinasour dah jadi mengkarung)
~ Bila Allah marah - ada lagikah yang tinggal "spesies" depa ni?
~ Kejadian Banjir Besar pada zaman Nabi Noh
~ Banjir di Temerloh - rumah "hilang" - baru banjir pada skala kecil
~ Setiap kejadian yang Allah datangkan, untuk kita ambil pengajaran
~ Kenapa kita tak setuju dengan hudud dan hukum Allah?
~ Ragu dengan hakim yang boleh di"kawtimi"
~ Isu yang tak selesai berpuluh tahun sebab jahil
~ Tujuan hukum Islam - ialah untuk pelihara manusia
~ Gambaran supaya orang takut dengan Islam
~ Betapa Islam ni kena aniaya dalam dunia - diletak disatu sudut yang hodoh
~ Jangan kita jadi salah seorang yang membawa wajah zalim, hudud dan rosak tentang Islam