Zonkuliah
Zonkuliah
Zonkuliah
BM21 | 140916 | "Ini Unta Allah Punya & Jimak Isteri Ikut Kreativiti" - Ustaz Shamsuri Ahmad
1 hour 20 minutes Posted Jan 26, 2021 at 6:06 pm.
0:00
1:20:06
Download MP3
Show notes
Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 21 yang berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 14hb September 2016.
~ Jarak antara Madinah nak ke Tabuk
~ Nabi singgah di satu tempat yang dinamakan Al-Hijr (Madain Saleh)
~ Tempat kaum Nabi Salleh di binasakan
~ Jangan cuba untuk minta kepada Allah, supaya Allah tunjukan bukti-bukti baru nak percaya Allah
~ Kita tidak boleh "itu ini" dengan Allah
~ Letak syarat macam-macam benda sebagai bukti Nabi Salleh seorang Nabi
~ Unta mukjizat sebagai bukti, tapi tetap derhaka Allah
~ Allah hancurkan semua kaum Tsamud selepas mereka sembelih unta mukjizat
~ Zaman Nabi Salleh adalah sebelum Nabi Ibrahim
~ Kemuliaan Bumi Mekah itu lebih lama dari zaman Nabi Ibrahim
~ Asal Usul dan kehebatan Kaum Tsamud
~ Rumah kediaman mewah dalam bukit batu
~ Quran ulang sebut tentang kaum Tsamud sebanyak 26 kali
~ Manusia apabila dia rasa dia hebat, dia pandai, berilmu, segak dan super... manusia mudah jadi angkuh
~ Manusia bila perasan hebat, dia tak nampak kebenaran
~ Kejadian Nabi melintas satu kubur dikawasan Al-Hijr
~ "Disinilah kubur seorang yang bernama Abu Righal keturunan kaum Nabi Salleh"
~ Kisah disebalik ayat 73 Surah Al-Akraf
~ Nabi Salleh bukan outsider, stranger, oppurtunist yang nak take advantage
~ Jangan sembah batu, pokok sebab tiada Tuhan lain melainkan Allah
~ Orang yang paling samseng dan jahat dikalangan kaum
~ "Ini unta Allah punya.."
~ Jadilah mereka mayat yang bergelimpangan akibat gempa bumi
~ Tahap derhaka seorang manusia sampai ke tahap cabar Tuhan
~ Jangan cakap pandai bila didatangkan ayat Quran dan Hadis Nabi
~ Jangan cari pasal dengan Allah
~ Bala Allah kalau datang, kita takkan mampu lawan
~ Tidak salah kita keluar melancong untuk melihat kesan-kesan peninggalan sejarah
--- BAHRUL MAZI JILID 21 MUKA SURAT 76 ---
~ Masalah jimak isteri dengan pelbagai gaya
~ Mesej dari geng nakal ke whatsapp ustaz
~ Jangan tersasar selain dari faraj
~ Cerita kehebatan Saidina Umar
~ Ayat Quran yang turun sebab sokong saranan Saidina Umar
~ Kisah kematian bapa munafik di Madinah
~ Pepat diluar, runcing di dalam
~ Nabilah orang yang paling di benci diatas muka bumi
~ Saidina Umar yang telah buat satu benda yang dia rasa berdosa sangat dengan Allah
~ Masa jahil dulu, labur 100,000 dalam ASN dan ASB
~ Rujukan yang baik tentang muamalat Islam - zaharuddin.net
~ Ketayap simpan dalam poket kalau bab duit
~ Kita duduk dalam zaman kalau nak ikut Islam sangat susah
~ Duit punya pasal, boleh sasau
~ Kepakaran Dr Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR)
~ Cara orang "tua-tua" bercakap berkias
~ "Saya telah pusing kenderaan saya.."
~ Jimak faraj isteri daripada belakang
~ "Tak sepatutnya satu suami buat seorang isteri macam tu.."
~ Kalau kita bukan ahli dalam sesuatu bidang, kata "wallahua'lam"
~ Sebut "tidak tahu" tu tanda berilmu
~ Amanahnya Nabi terhadap hukum Allah
~ "Isteri tempat suami tanam benih, ikut kreativiti kamu.."
~ Jangan sesekali kamu gasak jubur isteri
~ Perbuatan yang dimurkai Allah
~ Hukum menahan perempuan daripada berkahwin
~ Masalah cerai tidak rujuk semula sehingga habis iddah
~ Masa nak bercerai tak ada yang elok
~ Bila dah bercerai, gila talak
~ Airmata merambu tengok kain batik isteri
~ Suami jahat, rujuk isteri bukan sebab nak baik balik suami isteri
~ Hero lama buat tahana
~ Orang perempuan ramai mudah terpedaya dengan ayat
~ Punca orang perempuan disebut sebagai "kaum yang lemah"
~ Perangai lelaki jahat - orang lelaki jangan jadi jahat
~ Adilnya Allah dihari akhirat - Allah bagi contoh kambing
~ Tidak akan ada orang yang akan terlepas dari balasan di akhirat