Show notes
Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 21 yang berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 11hb Februari 2015.~ Latar Belakang Amru Bin Al-As~ Kenapa tulis semua benda yang Nabi cakap - Nabi tu pun manusia~ Ada hari Nabi seronok, sedih dan marah, sebab Nabi manusia biasa~ Walaupun aku manusia, aku tidak bercakap melainkan yang benar~ Ayah susah hati tengok anak siang puasa, malam qiamullail~ Umat Nabi akan berpecah sebanyak 73 puak, hanya satu kumpulan saja terselamat masuk syurga~ Puasa hari-hari putih (tiga hari tengah bulan Islam)~ Kehidupan zaman Nabi - di mana ada orang alim, di situ orang berkumpul~ Tanda seseorang itu benar-benar seorang Islam~ Maksud orang yang berhijrah ialah meninggalkan apa yang Allah larang~ Trend artis-artis pakat berhijrah - berubah setelah terima hidayah~ Ada yang boleh bertahan - ada yang patah balik - "susah cari makan"~ Perkara yang bukan senang nak buat (tinggal perkara yang Allah larang)~ Contoh hijrah yang berlaku dikalangan sahabat Nabi~ Fasa hidup yang pelbagai - asalnya seorang yang sangat memusuhi Nabi~ "Gerenti Aku Bunuh Muhammad ni" - Tiada manusia yang aku paling benci~ Ramai orang hari ni, tak suka kepada seseorang tapi sebenarnya dia tak kenal pun orang yang dia benci~ Cerita Amru Bin Al-As masuk Islam~ Kisah Rombongan Nabi yang dihantar untuk berjumpa Raja Najasyi~ Utusan kepada orang yang paling kami benci dan musuh No 1 di Mekah~ Manusia yang pernah berjumpa dengan Namus(Bahasa Ibrani yang membawa maksud Jibril A.S)~ Namus ialah orang yang pernah berjumpa dengan Musa~ Muhammad ini diatas kebenaran dan akan menang keatas orang yang lawan dia~ Bila seorang raja mahu pada Islam, habis satu negeri akan suka Islam~ Pentingnya dakwah sampai kepada pembesar (strategi dakwah yang digunakan oleh Nabi)~ Mai sebab benda lain, dah jadi benda lain~ Habislah Mekah, jantungnya telah masuk Islam~ Kisah turunnya ayat 128 Surah Al-Baqarah~ Memang mereka zalim, tapi hak Allah untuk tentukan hukuman~ Jasa hebat Umru Bin Al-as untuk Islam~ Islam tidak sebut "tawan" tapi sebut "buka" Negara~ Gaya berjalan pun dah nampak hebat~ Tak berani nak tengok Nabi lama, sebab terlalu hormat Nabi~ Saidina Ali yang terfitnah di zaman pemerintahannya~ Kiamat tidak akan terjadi sehinggalah Islam sama Islam berbunuh-bunuh~ Sedangkan kedua-dua pihak "bercakap pasal Islam"~ Fitnahnya sangat besar, angka korban sangat tinggi~ Hadis sebagai tanda mukjizat Nabi~ Harga yang terpaksa dibayar atas hijrah~ Mudah-mudahan Allah ampunkan dia atas kekhilafan~ Kita hari ni berbalah tanpa rasa bersalah--- BAHRUL MAZI JILID 21 MUKA SURAT 39 ---~ Kisah Hijrah Nabi dari Mekah Ke Madinah~ Tarikh sebenar Nabi sampai ke Madinah dalam peristiwa Hijrah~ Berjalan Nabi dari Mekah ke Madinah mengambil masa 15 hari~ Driver bas kena ketum - bawa kereta dengan siku~ Transit Nabi di Jabal Tsur~ Beli dan simpan satu set terjemahan Kitab Syarah Hadis~ Penyakit suka beli buku, tapi tak suka baca~ Kebanggaan orang Arab bila boleh ingat nama keturunan dan sala silah~ Salasilah keluarga Ustaz Shamsuri - lepas putih tak tau dah warna apa~ Bila datang seruan untuk Perang Badar (perang pertama)~ "Sorry bapak... sebab Nabi janji syurga.."~ Anak dan ayah yang mendapat syahid dalam dua perang~ Masjid Quba - sebuah masjid yang sangat istimewa~ Masjid yang sangat sentimental pada Nabi - masjid pertama di bina bila Nabi sampai ke Madinah~ Nabi sendiri yang angkat batu besar untuk buat masjid~ Dakwah cara Nabi disebut Lisanul Hal~ Ayat Quran mengiktirafkan sebagai "masjid yang dibina atas dasar taqwa"~ Nabi pergi solat di Masjid Quba setiap hari Sabtu~ Pesanan kalau berpeluang sampai ke Madinah - melawat masjid Quba dan solat di situ~ Petua kalau dapat ke Madinah - cari seorang pelajar yang buat master dan PhD untuk jadi "travel guide"~ Berdosa besar buat benda merepek-repek di bumi Nabi~ Kaki Merepek "cari makan" di Masjid Nabawi

