Show notes
Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 21 yang berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 9hb Disember 2020.~ Sentiasalah Allah akan menguji orang-orang yang beriman~ Ujian datang silih berganti sehinggalah hari mati~ Bersih daripada dosa sebab sabar atas ujian yang menimpa~ Manusia tentu akan kena ujian dari Allah~ Diuji dengan amalan dan keikhlasan ~ Ujian dari segenap sudut~ Boleh atau tidak seorang ayah menjadi contoh kepada anak-anak~ Berapa ramai ibu bapa boleh bela anak dari kecil sampai besar tapi anak tidak kenang budi~ Manusia akan diuji dengan harta - samada jalan halal, syubhah atau haram~ Adakah harta menyebabkan seseorang jadi sombong dan angkuh~ Ujian getir yang tengah kita lalui hari ni, disebut dalam Quran~ Ayat 155 Surah Al-Baqarah~ Takut dengan malapetaka Covid19 - merana sampai mati~ Duit tak ada, dan jiwa tidak kuat~ Buah-buahan tidak menjadi ~ Musibah pandemik Covid19 bukan benda kecil~ 2003, Wabak SARS menyerang 26 negara dalam dunia~ 2012, Wabak MersCoV berpunca daripada unta~ Hujung 2019 serangan virus dalam skala besar ~ Bala tentera Allah yang mata tak nampak tapi menakutkan~ Berita dalam akhbar Kosmo bertarikh 19 November 2020~ Kes bunuh diri yang sebahagian besarnya berpunca daripada Covid-19~ Tak mampu nak bayar hutang yang terlampau banyak~ Gantung diri di syiling rumah - permulaan hidup susah di akhirat~ Tak boleh bayar hutang sebab hilang pekerjaan~ Ancaman dalam hadis, tentang bunuh diri~ Tikam diri dalam neraka selama-lamanya~ Rezeki setiap orang telah Allah tentukan~ Surah Hud ayat 6 - setiap makhluk telah ditetapkan rezekinya~ Rezeki tak salah alamat~ Tuduhan Covid19 sebuah konspirasi Illuminati~ Grand Design oleh golongan kapitalis untuk jual vaksin~ Ini semua cerita karut nak merosakan orang Islam semua~ Solat Jumaat tak boleh, rapat saf pun tak boleh~ Kalau tak ikut sunnah Nabi, macam mana nak doa minta Allah angkat bala~ Kisah sahabat Nabi yang terkena batu hingga cedera parah ketika musafir~ Pendapat mufti-mufti tepi kampung~ Awat tak tanya orang kalau tak tau..~ Ubat kebodohan ialah bertanya~ Maksud bertayammum sebagai ganti tak boleh berwudhuk~ Fitnah kepada agama bila tak patuh kepada SOP~ Cara putuskan rantaian Covid-19~ Islam datang untuk bawa kesenangan dan kemudahan bukan kesusahan~ Sahabat yang datang ke masjid nak solat dengan menunggang unta~ "Saya nak solat ni, takkan Allah tak boleh jaga saya..?"~ Kita jangan cari penyakit, dan jadi punca orang lain kena penyakit~ Protection is better than cure~ "Tidak akan kena apa-apa musibah, melainkan ianya telah ditetapkan oleh Allah"~ Allah yang datangkan penyakit, Allah juga yang boleh beri kesembuhan~ Maksud panggilan Nabi kepada Ibnu Abbas, "Ya, Ghulam"~ Jagalah Allah, Allah akan jaga kita~ Kematian dua orang sukarelawan masjid~ Contoh personaliti tersembunyi~ Apa persediaan kita sebelum mati?~ Bahagia habis umur dalam keadaan berkhidmat di rumah Allah~ Fokus, yakin dan minta tolong kepada Allah--- BAHRUL MAZI JILID 21 MUKA SURAT 127 ---~ Sumpah bohong supaya dapat kemahuan mengikut nafsu~ Orang yang suka makan harta dan hak orang lain~ "Pi mampuih dengan syurga neraka semua.."~ Pinjam duit orang buat-buat lupa..~ Pinjam barang orang tapi tak bertanggungjawab bila hilang~ Bersumpah dengan nama Allah dan berani pegang Quran~ Perbuatan haram, berdosa besar dan sangat dimurkai Allah~ Kisah ringkas Abdullah Bin Mas'ud~ Doa supaya jadi seorang yang Alim dan penuh hikmah~ Orang yang Allah takkan sambut dihari akhirat~ Masalah orang Islam rampas hak orang kafir ~ Jenis-jenis kafir dan ciri-cirinya~ Contoh orang kafir yang tidak boleh diperangi~ Kafir Harbi yang sentiasa cari masalah dengan orang Islam~ Kafir yang dipelihara oleh kerajaan Islam~ Hakim pun manusia, tidak tahu siapa betul siapa salah~ Berhukum hanya berdasarkan orang yang pandai cakap~ Lawyer pandai belit berhujah di mahkamah, yang salah boleh menang


