Show notes
Tazkirah Khas yang berlangsung di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah, Bandar Perda, Pulau Pinang pada 22hb Oktober 2016.~ Barang siapa yang menuntut satu ilmu dengan tujuan nak berdebat dengan alim ulama dan mengolok-olokan orang bodoh, atau nak cari populariti~ Ikhlaslah dalam urusan menuntut ilmu demi mencari keredhaan Allah~ Niat-niat yang boleh membawa ke neraka~ Pesanan kepada wakil Nabi untuk berdakwah di Yaman~ Kalau nak berdakwah, nak bercakap atau buat pengucapan awam, biarlah mudah dan sampai mesej~ Jangan susahkan orang dalam memahami agama~ Biarlah Islam menjadi agama yang membawa harapan untuk orang ramai~ Jangan sampai orang lari dari dakwah~ Pesan Imam Syafie kepada orang yang nak masuk medan dakwah~ Orang yang cepat sangat nak jadi selebriti dan tokoh terkenal~ Manusia apabila terlalu tergesa-gesa untuk popular, dia tidak akan sempat belajar~ Apabila seseorang bercakap tentang agama, sedangkan dia tidak ada ilmu~ Orang akan tahu kita pembohong dan tidak cukup ilmu~ Islam mengikat kita supaya berdisiplin dalam apa yang dibuat~ Proses belajar sentiasa berterusan dalam hidup~ Nasihat dari Muaz Bin Jabal ketika menjelang wafat ~ Ilmu dan iman, Allah letak ditempat yang tinggi~ Bukan mudah nak menjadi ulama~ Kita tidak boleh terima kemunculan ilmuan agama "instant"~ Elakkan diri dari bercita-cita nak menjadi selebriti agama~ Masyarakat akan menganggap selebriti alim besar dan serba tahu~ Selebriti tidak mungkin buat salah~ Buat salah tapi tak mau mengaku~ Seorang yang sesat dan menyesatkan pengikutnya~ Statistik agama dunia, dan merebaknya golongan free thinker~ Update status pertikai peristiwa Isra' mikraj~ "Mana mungkin satu tokoh yang "katanya" mulia boleh naik jumpa Allah dilangit ketujuh.."~ "What is this?! Ini cerita stupid..."~ Golongan yang berani mempertikaikan hadis dan quran~ Ini wahabi, ini aswaja, ini asam jawa - umat Islam tidak senang duduk kalau tak bergaduh~ Bila berselisih pendapat, tak mau rujuk quran dan hadis, tapi mempertahankan ego sendiri~ "Dekat dah.. akan datang satu zaman, orang Islam seolah-olah hidangan makanan kepada orang bukan Islam..."~ Ramai, tapi umpama buih di air yang mengalir~ Punca umat Islam lemah dan nampak tidak hebat~ Penyakit "wahan" dalam diri umat Islam ~ Ranking orang kaya di Malaysia~ Nak rebut dunia, lelong akhirat~ Umat Islam dipandang hina diseluruh dunia~ Zaman kegemilangan Islam telah berlalu~ Islam sama Islam, tapi berbalah sehingga ketahap berbunuh-bunuh~ Islam tak pernah suruh kita bermusuhan dengan non-muslim~ Doa Nabi untuk pemimpin umat Islam yang menyusahkan rakyatnya~ Bantulah saudara seagama dengan kita~ Doa panjang selepas Nabi solat sunat dua rakaat~ Tiga benda yang Nabi minta tapi hanya dua yang diluluskan oleh Allah~ Umat tidak akan dibinasakan akibat kemarau panjang dan banjir besar~ Nabi takut umat akan bercakaran, bergaduh dan berbalah hingga tumpah darah~ Kita menjadi fitnah kepada agama sendiri~ Iblis terkeluar dari syurga kerana Ego~ Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hati ada sombong walau sedikit~ Macam mana nasib "mat smart"?~ Maksud takabbur dan ciri-ciri orang memiliki sifatnya~ Sahabat sayang Nabi sebab Nabi seorang yang humble~ Cerita Abu Bakar As-Siddiq menjelang wafat~ Dikafankan dengan tiga helai kain putih daripada Yaman~ Isteri Nabi yang dikenali dengan nama Ummu Habibah~ Nabi pembawa Rahmatan Lil Alamin (Rahmat sekelian alam)~ Jangan cita-cita jadi terkenal, jadilah personaliti tersembunyi~ Memadai hanya Allah dan penduduk langit kenal kita~ Badwi "Mr Nobody" yang dekat dihati Nabi~ Latih diri supaya beramal ikhlas kerana Allah~ Hidup nampak macam orang kaya, tapi hatinya sempit dan gundah gulana~ Kenapa aku hidup atas dunia ada penglihatan tapi buta di hari akhirat?

