Show notes
Kuliah Tafsir Nurul Ihsan Jilid 1 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Masjid At-Taqwa, Tmn Brown pada 19hb September 2016.~ Apabila Nabi berjalan melintasi satu kawasan kubur orang Islam~ Mereka sudah dapat kebaikan yang banyak~ Hidup dan bertahan sampai mati sebagai seorang Islam~ Kata-kata Nabi bila melintasi satu kawasan perkuburan orang kafir~ Orang yang telah terlepas untuk mendapat kebaikan~ Seorang lelaki yang berjalan atas kubur dengan memakai kasut~ Nabi tegur orang yang pakai kasut berjalan atas kubur~ Syukur kita jadi orang Islam dan teruskan berdoa supaya kita kekal Islam sampai mati~ Antara adab di kuburan ialah buka kasut~ Mayat dengar bunyi tapak kasut orang yang terakhir meninggalkan kubur~ Nabi ceritakan tentang fitnah-fitnah kubur~ Kita melihat kematian setiap hari~ Tanah perkuburan yang kelihatan tenang, di dalamnya kalut sekali~ Pertanyaan Saidina Umar kepada Nabi tentang kubur~ Dalam kubur adakah kita akan dikurniakan semula akal seperti semasa di dunia?~ Kita dibenamkan enam kaki di dalam bumi, bayangkan kubur kita sempit dan gelap~ Macam mana kita nak bertahan dalam segala macam kesusahan alam kubur~ "Wahai tanah, bersedaginglah kamu dengan dia ni..."~ Kubur himpit orang yang ada didalamnya sebagai salah satu bentuk siksaan~ Dahsyatnya alam kubur yang sangat menakutkan~ Kita hidup atas dunia, bukan hidup saja-saja..~ Keputusan atas dunia, kita tanggung akibat di alam akhirat~ Sahabat Nabi beruntung sebab dapat Islam daripada Nabi~ Zaman Alim Ulama berbalah - umat menjadi mangsa~ Nabi dan para sahabat berjalan di perkuburan Baqi'~ Kubur Ummu Mihjan yang merupakan seorang "cleaner" yang istimewa~ Orang yang mewakafkan diri untuk jaga masjid Nabawi~ Tidur sebentar sementara nak tunggu waktu zohor (Qoilulah)~ Solat jenazah daripada Nabi adalah rahmat besar~ Apabila mati Abdullah Bin Ubai Bin Salul (Bapa Munafik)~ Minta jubah Nabi untuk dijadikan kain kafan~ Hati kecil percaya Nabi Muhammad ada syafaat~ Dua benda yang Rasullah tinggal untuk pastikan tidak sesat selama-lamanya~ Jangan jadikan rumah macam kubur~ Rumah yang tidak pernah dijalankan sebarang solat sunat~ Jangan jadikan kubur Nabi sebagai tempat raya dan pesta~ Selawat dimanapun, akan sampai kepada Nabi~ Diakhir zaman kita disuruh untuk mempertahankan sunnah Nabi--- TAFSIR NURUL IHSAN JILID 1 MUKA SURAT 239 ---~ Tafsir Surah Al-Maidah~ Balasan untuk orang kafir dan orang yang tak percaya ayat Quran~ Orang yang akan dimasukkan dalam neraka jahim~ Kisah sahabat Nabi kena "karan" - terlebih semangat dalam beragama~ Nak jadi lebih daripada apa yang Nabi suruh~ Hebatnya sahabat Nabi bernama Uthman Bin Maz'un~ Arasy Allah bergetar - dan pintu-pintu langit dibuka - 70,000 malaikat menyaksikan kematian sahabat~ Mayat orang hebat, tapi tetap dihimpit bumi dialam kubur~ Tidak pernah sentuh arak walaupun sebelum masuk Islam~ Tak tahan tengok kawan-kawan kena dera~ Masuk Islam sebab dengar satu ayat Quran saja~ Kisah hidayah Malek Noor~ Azan yang mengubah hidup~ "Saya tak mau menikah sampai bila-bila..."~ Tune semula orang yang kena "karan high voltage" ~ Orang pertama dikalangan Muhajirin yang dikebumikan di Perkuburan Baqi'~ Jangan haramkan benda yang dihalalkan oleh Allah~ Jangan melampaui suruh Allah (jangan over do, jangan extreme)~ Kalau sekiranya makanan itu halal, makan~ Masalah tak percaya dengan HALAL JAKIM~ "JAKIM kata HALAL pun aku tak mau makan.."~ Nak buat apapun, pastikan asasnya adalah "takut Allah"~ Pelaburan KWSP (EPF) yang patuh syariah~ Ada beza ayam sembelih dengan ayam tak sembelih~ Yang halal itu jelas, yang haram itu jelas~ Sumpah yang mana kalau langgar, kena denda~ Orang yang mulut "mudah menyumpah"~ Ucapan-ucapan yang membawa maksud sumpah~ Haram jadah tu mai dah (makian kemesraan)~ Kafarah sumpah (sama kes dengan nazar)~ Bagi makan 10 orang miskin, tak sama dengan bagi makan 10 orang anak yatim~ Makanan yang selayaknya untuk kafarah sumpah

