Show notes
Rakaman Kuliah Khas oleh Ustaz Ahmad Jailani (Peguam) yang berlangsung di Masjid Al-Amin Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang pada 5hb Ogos 2020.ISI PENTING :~ Hukuman di Malaysia bagi kes bunuh dengan sengaja~ Seksyen 302 Kanun Keseksaan Dan Maksud Mati Mandatori~ Balasan untuk pembunuh berdasarkan ayat Quran~ Azab yang bertimpa-timpa, murka dan laknat dari Allah Taala~ Baik buruk perceraian, rezeki masing-masing~ Ada orang yang semakin bahagia selepas bercerai~ Apa yang dimaksudkan dengan masuk neraka selama-lamanya~ Hukum menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah S.W.T~ Cara orang Melayu bercakap bagi menunjukkan sesuatu keadaan~ Mak dengan ayah yang garang ugut anak nak hukum~ Ancaman yang cukup menakutkan dari Allah untuk orang yang berani membunuh orang lain~ Anak mangsa keadaan - fikir semasak-masaknya sebelum buat sebarang tindakan~ Kesalahan yang tidak boleh diikat jamin~ Disebalik masalah rumah tangga yang melibatkan kecurangan~ Punca awal main kayu tiga~ Langkah pertama itu pun dah melibatkan syaitan dalam menyesatkan dan melakukan dosa besar\~ Akta yang melibatkan kanak-kanak di Malaysia~ Tidak boleh mendedahkan nama dan maklumat kanak-kanak yang terbabit dalam apa-apa kes~ Era media sosial masing-masing berlumba nak jadi nombor satu kongsi maklumat~ Kejadian suami bunuh isteri atau isteri bunuh suami ada berlaku dalam masyarakat~ Boleh elak dari melakukan jenayah kalau kita ambil kira apa yang Nabi dan Quran pesan~ Pakat dengan boyfriend untuk bunuh suami~ Cara kita nak tau seseorang tu baik atau tidak, tengok cara dia berinteraksi dengan keluarga dia~ Kisah perempuan poligami (menduakan) suami~ Kenapa Nabi jadikan "cara layanan kepada keluarga" sebagai kayu ukuran kebaikan seseorang~ Lawan gusti tangan dengan isteri pun, suami kalah~ Tiap-tiap minggu alih almari kena buli dengan isteri~ Nasihat jika berhadapan dengan situasi yang menyebabkan kemaharan meluap-luap~ Ganjaran yang Allah janji untuk orang yang mampu menahan kemarahan~ Basikal harga RM50,000~ Petua untuk menahan marah~ Doa untuk berlindung dari menzahirkan kemarahan

