Zonkuliah
Zonkuliah
Zonkuliah
TNI2 | 050819 | "Janji Dicapati" - Ustaz Shamsuri Ahmad
1 hour 43 minutes Posted Feb 28, 2020 at 12:11 am.
0:00
1:43:08
Download MP3
Show notes

Kuliah Tafsir Nurul Ihsan Jilid 2 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Masjid Simpang Empat Permatang Buloh, pada 5hb Ogos 2019.

  • ~ Dekatnya kedudukan Nabi dan pengurus anak yatim didalam syurga
  • ~ Mulianya orang yang ada sayang pada anak yatim
  • ~ 7 perkara yang boleh membinasakan
  • ~ Dua ayat yang menyebabkan Sahabat takut dengan anak yatim 
  • ~ Ancaman kepada orang yang makan harta anak yatim secara zalim 
  • ~ Cadangan untuk tidak terlibat dengan kenduri arwah
  • ~ Takut sampai nampak seolah-oleh boikot anak yatim
  • ~ Susahnya bila hidup dizaman tak ada Nabi, alim ulama bercanggah pendapat
  • ~ Isu memperalatkan anak yatim, berlaku sepanjang zaman 
  • ~ Kisah sahabat yang susah dan miskin, tapi ada bela sorang anak yatim
  • ~ Cara yang dibolehkan dalam menggunakan harta anak yatim
  • ~ Hebatnya kisah hidup Abu Dzar 
  • ~ Ada orang yang boleh berubah dari jahat kepada sebaik-baik manusia
  • ~ Jangan minta jawatan dan kekuasaan
  • ~ Jawatan akan menyebabkan kita hina dihari akhirat esok
  • ~ Jangan sesekali terlibat dalam pengurusan harta anak yatim (takut tergelap mata)
  • ~ AJK Masjid songlap duit tabung masjid
  • ~ Duit ringgit boleh buat sesiapa pun "gelap mata"
  • ~ Elak dari terlibat dengan dua benda ni, insyaAllah selamat

--- TAFSIR NURUL IHSAN JILID 2 (Muka Surat 334) ----

  • ~ Tafsir Surah Al-Isra' ayat 34 
  • ~ Bila boleh serah duit dan harta anak yatim untuk diuruskan oleh mereka sendiri?)
  • ~ Bila janji, kena ditepati, tidak boleh dicapati
  • ~ Janji yang dikira sebagai dosa besar (berjanji tapi berniat untuk tidak tunaikan)
  • ~ Tipu manisfesto sebelum dapat kuasa
  • ~ Semua janji akan dipersoalkan di hari akhirat kelak
  • ~ Sempurnakan sukatan dan timbangan dalam perniagaan
  • ~ Pesanan untuk orang yang berniaga (jangan tipu dalam sukatan dan timbangan)
  • ~ Allah turunkan satu surah ceritakan tentang pentingnya jujur dana sukatan dan timbangan 
  • ~ Manusia yang disumpahkan kecelakaan
  • ~ Hari yang sangat dahsyat, yang menakutkan semua manusia
  • ~ Kitab rekod amalan setiap manusia yang mencatatkan segala-galanya
  • ~ Terus dengan kejahatan walaupun tahu akibat buruk di hari akhirat
  • ~ Golongan yang melampau dan sangat berdosa
  • ~ Jangan cakap, sebar dan ulas perkara yang kita tidak pasti
  • ~ Perbuatan "kecil" yang dah layak untuk digelar penipu
  • ~ Facebook dan Whatsapp down, boleh menghuru-harakan satu dunia
  • ~ Dahsyatnya pengaruh media sosial dalam masyarakat akhir zaman
  • ~ Viral belum tentu betul 
  • ~ Larangan jalan dengan sombong diatas muka bumi
  • ~ Cerita kononnya raja-raja zaman dulu ada daulat
  • ~ Orang yang tawadduk akan dimuliakan Allah diatas dunia
  • ~ Hadis tentang tak bagusnya takabbur dan sombong
  • ~ Keistimewaan orang Arab daripada Yaman
  • ~ Kalau nak tengok hikmah dalam Islam ni ada di Yaman 
  • ~ Ramainya orang yang sombong diatas dunia ni
  • ~ Penjara untuk orang takabbur dan sombong di Neraka
  • ~ Betapa murkanya Allah kepada golongan ini
  • ~ Jus perahan badan ahli neraka
  • ~ 3 golongan orang yang Nabi sayang dan benci
  • ~ Geng kaki bom dan kaki gelembong
  • ~ Tidak akan masuk syurga orang yang ada dalam hati sifat takabbur
  • ~ Adakah berpakaian cantik dan kemas itu dikira sebagai sombong dan takabbur?
  • ~ Arwah Tuan Guru Nik Aziz yang suka "smart"
  • ~ Maksud takabbur berdasarkan hadis Nabi
  • ~ Cakap-cakap yang menghina agama Islam
  • ~ Maksud tawadduk dan hadis berkaitan sifat rendah diri