Zonkuliah
Zonkuliah
Zonkuliah
BM12 | 070317 | "Kain Kafan Untuk Abu Dzar & Belalang Tentera Allah" - Ustaz Shamsuri Ahmad
1 hour 28 minutes Posted Feb 4, 2020 at 12:55 pm.
0:00
1:28:57
Download MP3
Show notes

Kuliah Bahrul Mazi Jilid 12 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, pada 7hb Mac 2017. 

  • ~ Kisah ketika Abu Dzar R.A hampir meninggal dunia
  • ~ Tangisan Ummu Dzar melihat Abu Dzar sakit
  • ~ Punya miskin sampai kain kafan pun tak ada
  • ~ Kata-kata Nabi tentang "keadaan kematian" salah seorang sahabat baginda
  • ~ "Demi Allah aku tak bohong hang, dan Nabi tak bohong aku.."
  • ~ Betapa yakin dan percayanya dengan hadis Nabi
  • ~ Golongan yang Rasulullah pernah sebut sebelum Nabi wafat
  • ~ Tak mampu nak elak dari terguna barang milik syarikat
  • ~ Siapa Abu Dzar? Latar belakang Abu Dzar sebelum Islam
  • ~ Penyamun tak beragama dan tak sembah berhala
  • ~ Rencana Allah (jangan terkejut, tiba-tiba satu hari Donald Trump mengucap)
  • ~ Siapa sangka Barrack Obama nak jadi Presiden Amerika
  • ~ Golongan yang awal-awal masuk Islam
  • ~ Orang yang tak pernah takut dengan suara-suara cemuhan
  • ~ Seluruh Bani Ghifar masuk Islam
  • ~ Doa Nabi kepada dua kumpulan kaum
  • ~ Jumlah Hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dzar
  • ~ "Tak mungkin aku nak bohong atas nama kekasih aku.."
  • ~ Tiga golongan yang Allah cukup sayang
  • ~ Bila tiba panggilan jihad, terus berjuang semata-mata mencari redha Allah
  • ~ Orang yang sabar dengan kerenah jiran
  • ~ Untungnya orang yang letih dalam musafir tapi bangun untuk tahajjud
  • ~ Tiga golongan yang Allah cukup marah dan benci
  • ~ Golongan yang sombong dan bangga diri
  • ~ Golongan yang kedekut dan suka mengungkit
  • ~ Usahawan yang jual barang dan bersumpah palsu
  • ~ Allah bagi kat kita 24 jam sehari, tak bolehkah kita lapangkan masa untuk pi masjid
  • ~ Jangan kedekut untuk luangkan masa dengan agama

BAHRUL MAZI JILID 12 (Muka Surat 212) 

  • ~ Hukum makan belalang
  • ~ Hukum makan benda haram dalam keadaan darurat
  • ~ Sahabat buat kiraan berapa kali ikut Nabi berperang
  • ~ Menyesal sebab tidak dapat ikut berjihad
  • ~ Alasan tak mau ikut mengaji
  • ~ Badan penuh dengan kesan cedera perang tapi mati atas katil
  • ~ Mahal dan susahnya nak dapat syahid
  • ~ Cerita "dhob" - biawak padang pasir salai - hukum makan dhob
  • ~ Belalang masak kurma
  • ~ Hukum Doa binasakan belalang
  • ~ Musim "Bina Perang" dan "Charlie"
  • ~ Pengalaman Ustaz semasa mengajar di Matrikulasi Pulau Pinang
  • ~ Serangga kecil yang  menjadi tentera Allah
  • ~ Terbang tak nampak langit
  • ~ Kejadian yang berlaku di Mesir
  • ~ Hebat dan Tawadduknya Sheikh Idris Al-Marbawi pengarang kitab Bahrul Mazi
  • ~ Kisah Kamus Al-Marbawi
  • ~ Zaman senang sangat nak dapat "gelaran tuan guru"
  • ~ Kitab tak dak "karan" macam tayar tak cukup angin
  • ~ Sejarah penghasilan kitab Bahrul Mazi
  • ~ Satu bukit belalang
  • ~ Formula ubat nak jadi jutawan
  • ~ Masalah pijak taik cicak
  • ~ Bisa mulut belalang
  • ~ Belalang adalah hembusan ikan paus di dalam laut?