Show notes
#sembangcamping
Etika ketika mandi di tasik
- Pengguna dinasihat membaca dan patuh kepada peraturan-peraturan dan syarat-syarat penggunaan di papan tanda sebelum memasuki kawasan perkhemahan
- Seseorang yang tidak sihat atau berpenyakit adalah dilarang dari memasuki kolam renang.
- Tiap-tiap perenang mesti patuh kepada penyelamat nyawa (life guard) atau mana-mana pegawai yang bertugas.
- Semua perenang mesti memakai pakaian renang yang dibenarkan dan sesuai.
- Perbuatan seperti bergurau secara kasar atau terjun sesuka hati adalah dilarang semasa berada di kawasan air terjun, sungai, tasik atau kolam.
- Untuk tujuan keselamatan, perenang adalah dinasihat keluar dari kawasan air terjun, sungai, tasik atau kolam semasa hujan dan ribut petir.
- Adalah dinasihatkan perenang tidak memakai sebarang bentuk perhiasan semasa berenang.
- Pengguna dilarang meludah di dalam kawasan air terjun, sungai, tasik atau kolam dan lain-lain perkara yang boleh mencemarkan kebersihan kawasan.
- Pegawai yang bertugas berhak menegah perenang dari berenang dan meminta mereka keluar daripada kawasan air terjun, sungai, tasik atau kolam jika keadaan membahayakan.
- Setiap perenang adalah berenang di atas risiko mereka sendiri.
- Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kemalangan yang berlaku pada perenang.
https://shopee.com.my/shop/85211645/
--- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/mr-bagai/message
