Keluar Sekejap
Keluar Sekejap
Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan
Dokumentari PRN Negeri Sembilan 2026: Antara Adat & Mandat
26 minutes Posted Jul 30, 2026 at 11:02 am.
0:00
26:17
Download MP3
Show notes

Team Keluar Sekejap dengan kerjasama FMT berada di Negeri Sembilan untuk menelusuri sendiri landskap politik yang cukup unik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.Berbeza dengan pilihan raya sebelum ini, PRN kali ini tercetus bukan kerana tamatnya penggal pentadbiran, tetapi berpunca daripada satu krisis yang melibatkan institusi adat, institusi diraja, Perlembagaan serta hubungan politik antara parti-parti yang suatu ketika dahulu mentadbir bersama.Dalam episod kali ini, kami menelusuri lima perkara utama yang membentuk landskap PRN Negeri Sembilan:

  • Bagaimana krisis institusi adat akhirnya berkembang menjadi krisis politik sehingga membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri.
  • Dinamika baharu politik Negeri Sembilan apabila Barisan Nasional dan Perikatan Nasional menjalinkan persefahaman di beberapa kerusi, sementara gabungan Kerajaan MADANI berdepan pertembungan sesama sendiri.
  • Naratif kempen setiap parti, termasuk persoalan sama ada politik berasaskan kaum masih menjadi formula kemenangan atau pengundi kini lebih mengutamakan prestasi dan kepimpinan.
  • Persoalan mengenai “wajah pilihan raya” apabila Pakatan Harapan mempertaruhkan rekod pentadbiran Datuk Seri Aminuddin Harun, manakala Barisan Nasional masih belum menampilkan calon Menteri Besar secara jelas.
  • Suara rakyat Negeri Sembilan — apakah isu yang benar-benar menjadi keutamaan mereka, dan apakah harapan mereka terhadap kerajaan yang bakal dibentuk selepas pilihan raya?

Jom ikuti bersama Iman Irfan, hanya di Keluar Sekejap.