Show notes
Episod 200 KS akhirnya tiba.Untuk episod istimewa ini, kami bawakan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dalam sebuah perbincangan yang menyentuh soal kepimpinan, politik, ekonomi dan masa depan Johor.Daripada kisah bagaimana beliau akhirnya diangkat sebagai Menteri Besar Johor, sehinggalah kepada visi besar Agenda Maju Johor 2030 yang sedang mengubah landskap negeri. Perbincangan turut menyentuh bagaimana Johor berjaya muncul sebagai negeri penerima pelaburan tertinggi di Malaysia, projek strategik JS-SEZ, peningkatan hasil negeri, serta usaha membangunkan pendidikan dan bakat anak Johor.Tidak terkecuali, beliau juga menjawab kritikan bahawa dirinya terlalu “micro-manage” pentadbiran negeri, selain menjelaskan nilai Bangsa Johor yang terus diterapkan dalam pentadbiran hari ini.Episod ini turut menyentuh isu politik semasa termasuk keputusan BN Johor untuk bergerak solo dalam PRN Johor, serta hubungan antara UMNO dan institusi Istana Johor.Timestamp EP

