Keluar Sekejap
Keluar Sekejap
Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan
EP168 | Gabungan Longgar 12, Dinamika dalaman PKR, Pendakwaan Akmal Salleh
1 hour 15 minutes Posted Aug 22, 2025 at 8:00 am.
Intro01:49 NurAI16:53 Gabungan Longgar Parti Pembangkang31:57 Penjelasan Rafizi Ramli dan Krisis dalaman PKR41:37 Isu Bendera dan Pendakwaan Dr. Akmal Salleh54:43 Trump, NVIDIA dan Intel01:04:56 Teknologi Nuklear Tanah Air
0:00
1:15:47
Download MP3
Show notes
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 168 bermula dengan pelancaran Nur AI, model bahasa besar pertama buatan Malaysia yang berteraskan prinsip syariah. Nur AI menjadi alternatif syariah-compliant kepada LLM antarabangsa, sekali gus memperkukuh aspirasi Malaysia dalam ekosistem AI global.Tumpuan beralih kepada politik tanah air apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan gabungan longgar 12 parti pembangkang. Perbincangan menilai sama ada kerjasama ini cukup kuat untuk menjadi blok politik yang mencabar kerajaan Madani.Perbincangan kemudian mengupas krisis dalaman PKR melibatkan Rafizi Ramli dan kem PMX yang menimbulkan persoalan tentang masa depan kepimpinan parti.Seterusnya, isu bendera terbalik dan pendakwaan Ketua Pemuda UMNO Dr. Akmal Saleh turut disentuh dengan persoalan lebih luas tentang gaya kepimpinan Melayu dan risiko politik perpecahan menjelang bulan kemerdekaan.Akhir sekali, episod ini menutup dengan topik antarabangsa apabila Donald Trump mengumumkan langkah baharu terhadap Nvidia dan Intel, yang dijangka memberi kesan besar kepada persaingan teknologi AI antara Amerika Syarikat dan China. Episod ini turut menyentuh perkembangan Nuklear Small Modular Reactors (SMR) selepas kenyataan kerajaan untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan menyeluruh terhadap teknologi tenaga ini.00:00 Intro01:49 NurAI16:53 Gabungan Longgar Parti Pembangkang31:57 Penjelasan Rafizi Ramli dan Krisis dalaman PKR41:37 Isu Bendera dan Pendakwaan Dr. Akmal Salleh54:43 Trump, NVIDIA dan Intel01:04:56 Teknologi Nuklear Tanah Air