Creep It Real SG
Creep It Real SG
Achik TPC and Ami Fox
Sep 11, 2026 · 43 min

CIR #44: BEKAS PENGGIAT KUDA KEPANG BONGKAR SEMUANYA!

MP3

Dia masuk kerana minat pada tarian dan budaya. Tapi semakin lama berada dalam dunia Kuda Kepang, semakin banyak perkara yang dia sendiri lalui dan mula persoalkan.


Dalam episod Creep It Real SG kali ini, seorang bekas penggiat Kuda Kepang tampil berkongsi pengalamannya — daripada tarian, keadaan trance, “barang”, kepercayaan yang berlegar dalam kalangan masyarakat, sehinggalah keputusan yang akhirnya membuatkan dia memilih untuk meninggalkan dunia tersebut.


  • Betul ke penari Kuda Kepang tak sedar ketika trance
  • Kenapa ada penari yang “menyundul” orang?
  • Betul ke tak boleh pakai warna merah dekat gelanggang?
  • Apa sebenarnya maksud “kita bawa dia, bukan dia bawa kita”?
  • Dan persoalan paling besar — kalau unsur mistik dan kerasukan dibuang sepenuhnya, bolehkah Kuda Kepang terus dipertahankan sebagai seni dan warisan budaya?


Ini bukan sekadar cerita seram. Ini perspektif seorang individu yang pernah berada dalam dunia tersebut dan kini melihatnya dari sudut yang berbeza.


⚠️ Pengalaman berkaitan unsur mistik atau supernatural yang dikongsikan dalam episod ini merupakan pengalaman dan pandangan tetamu.


🎧 Dengarkan episod penuh dan kongsikan pendapat korang:

  • Kuda Kepang tanpa unsur mistik — masih Kuda Kepang?


🔔 Follow Creep It Real SG di Spotify supaya korang tak terlepas episod seterusnya.


🔐 Powered by TurisVPN
Gunakan kod TURISCIR50 untuk mendapatkan 1 bulan premium percuma.


#CreepItRealSG #KudaKepang #PodcastMelayu #Misteri #Paranormal

This podcast uses Anchor (from Spotify) for stats, tracking, and dynamic audio. What this means Episodes play from the podcast's own servers, unmodified. Not affiliated with Podbay.