
Isolasi & Misteri Kampung Wak Hassan | Dark Trails – CIRSG Ep. 21
Bayangkan anda berdiri di kawasan sunyi, hanya ditemani bunyi angin dan dedaun lama yang bergerak perlahan.
Dalam episod Dark Trails kali ini, kami membawa tetamu ke Kampung Wak Hassan — lokasi yang sering disebut dalam kisah misteri tempatan. Kawasan ini bukan sahaja dikaitkan dengan sejarah lama, malah ada yang percaya terdapat entiti yang sudah lama “mendiami” tempat tersebut.
Kami berkongsi tentang:
- Kepercayaan masyarakat terhadap pokok lama dan kawasan pesisir
- Simbol serta altar pelbagai agama yang wujud di lokasi yang sama
- Cerita mengenai entiti lama yang dikatakan pernah dikesan di sini
- Dan eksperimen isolasi — duduk dalam gelap, membuka deria, dan menunggu apa yang berlaku
Ada yang merasakan keresahan.
Ada yang merasakan perubahan suhu.
Ada juga yang ingin membuka mata… tetapi memilih untuk bertahan.
Adakah ia sekadar permainan minda?
Atau ada sesuatu yang benar-benar memberi respon?
Dengar sampai habis dan tentukan sendiri.
Disclaimer: Rakaman dibuat sebelum bulan Ramadan
📲 Nak update awal lokasi seterusnya dan perbincangan eksklusif? Sertai Telegram rasmi kami. https://t.me/TPCParaSquad/13556
🔔 Follow Creep It Real SG di Spotify untuk episod Dark Trails yang akan datang.
#CreepItRealSG #DarkTrails #KampungWakHassan #ParanormalSG #SeramSG #SeramMalaysia #Isolasi
This podcast uses Anchor (from Spotify) for stats, tracking, and dynamic audio. What this means Episodes play from the podcast's own servers, unmodified. Not affiliated with Podbay.
